CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20166|Reply: 0

[Kedah] Pesilat perlu terap nilai akhlak, akidah dan keimanan dalam persilatan - PM

[Copy link]
Post time 24-1-2026 11:57 PM | Show all posts |Read mode
Pesilat perlu terap nilai akhlak, akidah dan keimanan dalam persilatan - PM

M Hifzuddin Ikhsan[email protected]





ANWAR (tengah) bersama pesilat pada Majlis Perasmian Penutup Himpunan Gema Pendekar Madani Zon Utara & Kejuaraan Silat Terbuka Piala Pendekar Utama Negara Dato’ Dr Raja Abdul Majid di Sungai Petani. FOTO Wan Nabil Nasir.




Sungai Petani: Pesilat perlu menerapkan nilai akhlak, akidah dan keimanan dalam usaha mengembangkan budaya persilatan terutama dalam kalangan anak muda di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pesilat perlu memperkukuhkan silaturahim dan memperkuatkan roh perjuangan sebagai jati diri dalam mengamalkan ilmu.

Pada masa sama, beliau menegaskan pesilat juga perlu menerima kenyataan bahawa negara ini mempunyai pelbagai kaum dan agama yang perlu sentiasa dihormati.

"Kita tidak bermaksud memusuhi sesiapa tapi apa kita laksanakan adalah bagi memperkuatkan jati diri.

Saya tekankan di sini, ini yang saya faham tentang semangat pendekar yang kita pelopori.

"Apa yang diajar dalam silat ini adalah akhlak, akidah dan keimanan yang menjadi kekuatan kita.

Kekuatan ini apa? Kekuatan yang berasaskan keyakinan, tetapi mesti terpancar dan lahir dari akhlak yang baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Himpunan Gema Pendekar MADANI Zon Utara di sini, malam tadi.

Anwar turut mengingatkan agar pesilat yang mempunyai ilmu tidak bersikap angkuh dan sombong hasil daripada kemahiran serta ilmu yang dikuasai.

Katanya, ilmu yang dimiliki seharusnya digunakan untuk kebaikan dan pesilat harus berusaha meningkatkan ilmu selaras perubahan dunia moden ketika ini.

"Bukan angkuh, bukan sombong, bukan dengan ada sedikit latihan kita menunjukkan keangkuhan. Kerana apa? Kerana akhlak.

Akhlak yang membentuk diri kita dan peribadi kita.

"Lagi pintar, lagi besar pendekarnya, lagi hebat latihannya, lagi gagah perkasa dirinya, maka kita lagi hormat, memuliakan orang lain, lagi rendah diri, lagi tawaduk," katanya.

Pada masa sama, beliau meminta nilai murni dalam persilatan turut diterap dalam kalangan pesilat muda yang bakal menjadi pelapis kepada pendekar negara masa hadapan.

"Sebab itu anak-anak yang di sekolah mesti belajar.

Orang yang pandai silat itu, bersama dalam gerakan silat pendekar MADANI, mesti juga pintar di sekolah dan berilmu dan tunjuk keputusan yang cemerlang.

"Anak-anak perlu faham dunia berubah. Mesti ada kekuatan ilmu, mesti ada kefahaman tentang teknologi, mesti tahu semua itu yang baharu," katanya.



Disiarkan pada: Januari 24, 2026 @ 11:35pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1314981/pesilat-perlu-terap-nilai-akhlak-akidah-dan-keimanan-dalam-persilatan-pm




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.220621 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list