CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19234|Reply: 0

“Doa Agamawan Buat Saya Berazam Nak Jadi Muslimah Terbaik” - Elly Mazlein

[Copy link]
Post time 24-1-2026 10:53 PM | Show all posts |Read mode





Pengacara dan penyanyi, Elly Mazlein terharu apabila menerima pujian daripada pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun mengenai pemakaian tudungnya.


Memetik HibGlam, Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina berkata pujian dan doa yang diberikan sekaligus membuatkan dia berazam untuk menjadi lebih baik.


“Apabila menerima pujian daripada seorang agamawan, saya mengakui berasa sangat terharu. Kata-kata pujian dan doa yang diberikan membuatkan saya rasa dihargai.


“Saya benar-benar bersyukur dan mengucapkan terima kasih. Bagi saya, kata-kata itu merupakan satu doa dan berazam untuk terus berusaha menjadi seorang Muslimah yang terbaik,” katanya.


Sementara itu, Kak Lina berkata dia menerima banyak mesej yang memuji gaya tudungnya serta meminta untuk berkongsikan tutorial pamakaian tudung yang menutup dada.


“Ramai peminat menghantar mesej peribadi dalam media sosial dan meluahkan rasa terinspirasi dengan pemakaian tudung labuh menutup bahagian dada yang saya pakai.


“Mereka sudah dapat mengenal pasti bahawa itu adalah gaya khas saya dan menganggap perkara tersebut sebagai satu tanggungjawab dan bersyukur atas sokongan yang diterima.


“Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Asma Harun kerana kata-kata yang sangat bermakna itu telah mendorong untuk menjadi insan yang lebih baik,




Sumber : HibGlam, Rotikaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.060588 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list