CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19397|Reply: 1

[Pulau Pinang] Anwar minta rakyat kurangkan pengambilan gula, amalkan pemakanan sihat

[Copy link]
Post time 24-1-2026 09:48 PM | Show all posts |Read mode
Anwar minta rakyat kurangkan pengambilan gula, amalkan pemakanan sihat

Januari 24, 2026 @ 1:36pm



BUTTERWORTH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat supaya mengurangkan pengambilan gula memandangkan Malaysia antara negara yang mencatat kadar diabetes tertinggi di Asia.

Beliau berkata, tabiat pemakanan tidak sihat khususnya pengambilan gula yang tinggi menjadi antara punca utama peningkatan masalah kesihatan awam, sekali gus memberi tekanan kepada sistem perubatan negara.

"Penggunaan gula di Malaysia ini antara tertinggi di Asia.

Kerajaan membelanjakan sejumlah besar untuk perubatan tetapi amalan pemakanan sihat perlu diperkukuh agar rakyat tidak terdedah kepada pelbagai penyakit," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran blok baharu Hospital Seberang Jaya di Perai hari ini.

Anwar berkata, kempen kesedaran mengenai pengurangan gula perlu dipertingkatkan termasuk melalui penyediaan pilihan makanan dan minuman yang lebih sihat di hospital serta premis kerajaan.

Beliau juga mencadangkan supaya minuman bergula dikurangkan di semua hospital, selain jamuan rasmi kerajaan turut disediakan dengan kandungan gula minimum sebagai langkah mendidik masyarakat.

Selain itu, beliau berkata, hospital dan klinik juga wajar memainkan peranan lebih aktif dengan memaparkan poster serta mesej kesihatan yang jelas bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya pengambilan gula secara berlebihan.

Mengenai blok baharu Hospital Seberang Jaya, Perdana Menteri berkata ia penambahan penting bagi memperkukuh kapasiti perkhidmatan kesihatan di Seberang Perai dan kawasan sekitar, sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan mutu rawatan lebih berkesan, segera dan dekat dengan rakyat.
– BERNAMA




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat pesakit selepas menyempurnakan majlis pelancaran bangunan baharu Hospital Seberang Jaya hari ini. - Foto BERNAMA






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2026 09:49 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.048743 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list