CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17736|Reply: 0

[Pulau Pinang] Cukai tanah sekolah diseragamkan RM50 setiap hak milik mulai tahun ini

[Copy link]
Post time 21-1-2026 05:15 PM | Show all posts |Read mode
Cukai tanah sekolah diseragamkan RM50 setiap hak milik mulai tahun ini

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
21 Januari 2026 03:10pm





Kon Yeow (duduk, tengah) dan beberapa barisan Exco Kerajaan Negeri menunjukkan Warta Kerajaan Pulau Pinang dalam sidang akhbar di Komtar pada Rabu.




GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk menyelaraskan kadar cukai tanah bagi semua tanah kegunaan sekolah kepada bayaran nominal RM50 bagi setiap hak milik bermula tahun ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ketetapan itu dibuat selepas Pihak Berkuasa Negeri meneliti semula semakan cukai tanah 2026 serta mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan oleh pihak sekolah sebelum ini.


Menurutnya, hasil keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri menetapkan tanah sekolah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dikenakan cukai nominal RM50 bagi setiap hak milik membabitkan sebanyak 106 hak milik.

“Bagi tanah sekolah yang bukan milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pula, kadar sama iaitu RM50 bagi setiap hak milik turut dikenakan, kecuali sekolah antarabangsa.

"Keputusan ini melibatkan 201 hak milik,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri, Komtar, pada Rabu..

Beliau menambah, langkah berkenaan bukan bertujuan meningkatkan beban kewangan sekolah sebaliknya untuk mewujudkan keseragaman kadar bayaran supaya semua sekolah membayar jumlah yang sama.

“Ada sekolah sebelum ini perlu membayar cukai tanah sehingga ribuan ringgit, namun dengan ketetapan baharu ini, semuanya hanya perlu membayar RM50 bagi setiap hak milik,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mengulas isu kenaikan ketara cukai tanah melibatkan sebahagian pemilik tanah khususnya bagi kategori First Grade, susulan semakan menyeluruh yang dilakukan selepas lebih 30 tahun.

"Kali terakhir kerajaan negeri membuat semakan kadar cukai tanah adalah pada tahun 1994 menyebabkan banyak tanah First Grade masih dikenakan kadar lama berasaskan kategori pertanian walaupun kegunaan sebenar telah berubah kepada kediaman, komersial atau perindustrian.


“Melalui Warta Kerajaan Pulau Pinang bertarikh 11 September 2025, kaedah pengiraan baharu diperkenalkan dengan mengambil kira kegunaan semasa tanah. Seperti contoh, sebidang tanah First Grade seluas 10,800 meter persegi di Seberang Perai Selatan.

"Ia sebelum ini hanya dikenakan cukai RM33 setahun atas kategori pertanian, kini dikenakan kadar RM3.25 bagi setiap meter persegi selepas dikenal pasti digunakan untuk tujuan perindustrian, menjadikan jumlah cukai tahunan sebanyak RM35,101.

“Walaupun kenaikan ini dilihat tinggi, ia sebenarnya mencerminkan kadar sebenar yang sepatutnya dibayar oleh pemilik tanah perindustrian.

Langkah ini lebih adil kerana tiada lagi pemilik yang menikmati kadar terlalu rendah,” katanya.

Bagi mengurangkan kesan kenaikan tersebut, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri turut meluluskan pemberian rebat sebanyak 50 peratus kepada semua pemilik tanah bagi tahun 2026, tertakluk kepada syarat dan kadar minimum yang ditetapkan.

https://www.sinarharian.com.my/article/764933/edisi/utara/cukai-tanah-sekolah-diseragamkan-rm50-setiap-hak-milik-mulai-tahun-ini


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:07 AM GMT+8 , Processed in 1.019902 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list