CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10572|Reply: 1

Spekulasi Arif Aiman bakal berhijrah ke Jeonbuk Hyundai Motors

[Copy link]
Post time 21-1-2026 03:51 PM | Show all posts |Read mode




PEMAIN paling bernilai (MVP) Liga Malaysia, Arif Aiman Hanapi dikaitkan dengan perpindahan sensasi ke Jeonbuk Hyundai Motors yang dianggap sebagai salah satu kelab berpengaruh Korea Selatan selepas mendominasi saingan domestik pada tahun lalu.

Spekulasi mengenai berita ini tular selepas laman instagram portal terkenal Korea Selatan, @add_ontime memuat naik gambar bintang utama kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) berusia 24 tahun itu kelmarin.

Malah, laman tersebut memuat naik kapsyen mendakwa pihak pengurusan Jeonbuk Hyundai Motors sudah mencapai persetujuan lisan dengan Arif Aiman jika dua tonggak utama pasukan, Song Min-kyu dan Patrick Twumasi berhijrah.

“Arif Aiman sudah ada persetujuan lisan dengan Jeonbuk. Pemain sayap skuad kebangsaan Malaysia ini masih muda, namun tidak pernah meninggalkan JDT.

“Pemain sayap seperti Min-kyu dan Twumasi pula kemungkinan berhijrah. (Ini hanyalah) spekulasi,” kata laman tersebut.

Sebagai rekod, kali terakhir Arif Aiman menandatangani kontrak bersama JDT adalah pada tahun 2023 dan menurut laman sukan antarabangsa, transfermarkt.com kontrak pemain kelahiran Pahang ini berakhir pada penghujung musim ini.

Ini bukanlah pertama kali Arif Aiman dikaitkan dengan perpindahan ke luar negara selepas terdapat spekulasi khidmatnya pernah menjadi buruan satu lagi kelab gergasi benua Asia, Persepolis yang merupakan jaguh Iran.

Bakat luar biasa bintang sensasi Harimau Malaya tidak perlu dipertikai apabila terus mendapat perhatian di peringkat global selepas disenaraikan antara penggelecek terbaik di dunia oleh laman statistik, Sofascore pada tahun lalu.

Berdasarkan kemas kini Sofascore, Arif Aiman mencatat 224 gelecekan dalam 35 perlawanan di saingan liga utama untuk berada di tangga keempat di belakang jaguh Barcelona, Lamin Yamal, pemain Union Saint-Gilloise, Guilhermen Smith dan Jose Mario Pinto (CD Olimpia).

Buat masa ini, Arif Aiman masih dalam fasa pemulihan selepas mengalami kecederaan serius ketika menyarung jersi Harimau Malaya sehingga perlu menerima rawatan di Eropah, bulan lalu.


Sumber : – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2026 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin jadi darul Latin lah jdt lepas ni. Tinggal dua orang ja Melayu first 11. Syihan +1.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.147566 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list