CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1068|Reply: 27

[Dunia] Indonesia ubah ejaan rasmi 10 negara, Thailand jadi Tailan

[Copy link]
Post time 20-1-2026 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 19-1-2026 07:59 PM





Indonesia ubah ejaan rasmi 10 negara, Thailand jadi Tailan

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
19 Januari 2026 03:48pm
Masa membaca: 2 minit



JAKARTA – Indonesia memulakan langkah menyeragamkan ejaan rasmi nama negara bagi memastikan standard dalam dokumen rasmi, pendidikan dan komunikasi antarabangsa.

Menurut dokumen rasmi yang diperoleh CNBC Indonesia pada 19 Januari 2026, langkah ini berasaskan dokumen rasmi yang didaftarkan ke United Nations Group of Experts on Geographical Names (UNGEGN) pada 2025, dengan tujuan mengemas kini eksonim iaitu istilah asing bagi nama-nama tempat agar seiring dengan senarai rasmi UNGEGN 2021.

Menurut Badan Informasi Geospasial (BIG) bersama Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa serta pakar linguistik Universiti Indonesia, usaha ini bertujuan untuk menyeragamkan penggunaan nama negara di semua platform rasmi, termasuk surat-menyurat antarabangsa, laporan kerajaan, bahan pendidikan, media massa dan media sosial.

“Tujuan utama adalah memastikan penulisan nama negara tepat dan konsisten, sekali gus mempermudah rujukan dalam semua konteks rasmi dan pendidikan,” menurut dokumen rasmi itu.

Sepuluh negara yang mengalami perubahan ejaan rasmi adalah: Tanjung Hijau (Cabo Verde), Jibuti (Djibouti), Kirgistan (Kyrgyzstan), Liktenstin (Liechtenstein), Paraguai (Paraguay), Slowakia (Slovakia), Slowenia (Slovenia), Seisel (Seychelles), SieraLioni (Sierra Leone) dan Tailan (Thailand).

Usaha ini juga menyasarkan penggunaan ejaan yang konsisten dalam bahan pendidikan, buku teks, media massa, dan komunikasi rasmi agar rakyat dan pihak antarabangsa dapat mengikuti rujukan yang tepat.

Langkah Indonesia ini menonjolkan keperluan untuk memperkemas bahasa rasmi negara dan menunjukkan komitmen negara terhadap ketepatan linguistik di peringkat global.- Agensi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2026 12:02 PM | Show all posts
EJAAN DAN SEBUTAN MENGIKUT LIDAH MEREKA
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Selandia Baru yg buat meols garu kepala berkali2 dulu. Sekarang hari2 tengok tv indo, vocab meols pun dah 80% indo.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 12:19 PM | Show all posts
yang pasti orang putih lagi banyak cakap bahasa indo berbanding melayu.. ngapain ya? soal anak aku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2026 12:23 PM | Show all posts
Berharap Malaysia tak perlu mengikuti Cara Indonesia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 12:24 PM | Show all posts
Dorang takmao tukar nama Malaysia kepada nama yang popular dikalangan IQ78 ke...?

Tukar la kita tengok acaner.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2026 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kami...tetap dgn..INDON....dan tak akn ubah sampai bila2....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 02:44 PM | Show all posts
Edited by dewi_rina at 20-1-2026 06:48 AM
tokchik replied at 20-1-2026 04:02 AM
EJAAN DAN SEBUTAN MENGIKUT LIDAH MEREKA

Tanjung Hijau (Cabo Verde)

Yg lain semua ada bunyi bahasa mereka, tapi yg ni lari terus

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2026 02:44 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 20-1-2026 04:24 AM
Dorang takmao tukar nama Malaysia kepada nama yang popular dikalangan IQ78 ke...?

Tukar la kita ten ...

Dorang sebut Malay, org Malay hahaha bengong kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 20-1-2026 12:23 PM
Berharap Malaysia tak perlu mengikuti Cara Indonesia.


Sudah berlaku.pernah ternampak acik2 porem mengeja thailand- telen.dan mereka itu bukan friska
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 07:07 PM | Show all posts
Malaysia tak tukar jadi Malaydesh?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Teleng


Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukbin


Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahiland   
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 11:16 AM | Show all posts
adeh..nak tukar nama khas? Lain dah level pemikiran indon neh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 11:46 AM | Show all posts
ilacantik replied at 20-1-2026 12:13 PM
Selandia Baru yg buat meols garu kepala berkali2 dulu. Sekarang hari2 tengok tv indo, vocab meols pu ...

new zealand kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2026 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorang memang dah sebut ma-lay-sia memang tak perlu ubah spelling. Yang aku tak faham kenapa kita yang kena ubah panggil Turki jadi Turkiye.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
punye la pemalas nak mengeja nama negara org
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu versi sleng kelate ganu penang
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 10:28 PM | Show all posts
bottombikini replied at 21-1-2026 06:49 PM
punye la pemalas nak mengeja nama negara org

kalau nak yang rajin mengeja ni serah kat Thailand, tulis nama berjela2 tapi bunyi sikit ja

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.328091 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list