|
|
Pelakon Sharnaaz Ahmad berkata dia tidak terasa apabula ada yang mempersoalan tindakannya menegur segelintir pencipta kandungan agar tidak menjadikan isu ‘takut bini’ sebagai konten.
Memetik Harian Metro, Sharnaaz berkata perceraiannya dengan bekas isteri iaitu Noor Nabila kerana tiada persefahaman.
“Saya bercerai dengan Nabila 100 peratus sebab benda lain dan ia mengenai persefahaman dan tiada kena mengena tentang tak hormat dan sebagainya.
“Saya boleh cakap Nabila tak pernah bersikap kurang ajar sampai macam mereka yang muat naik video kontroversi kerana dia tak pernah buat macam itu.
“Kami bercerai kerana tiada persefahaman, tapi hubungan kami masih okay sampai sekarang dan tiada masalah pun,” katanya.
Sementara itu, Sharnaaz berkata hubungannya dengan Nabila masih baik serta bekerjasama membesarkan anak tunggal mereka iaitu Jebat Jayden.
“Kami okay sahaja sahaja dan dia pun tahu saya pergi mana pun. Malah, saya akan tolong jaga anak kalau dia ada urusan termasuk dia tolong ‘orderkan’ makanan sekali. Kami tak pernah ada masalah.
“Kalau saya ada teman wanita atau jika dia ada teman lelaki dan sudah berkahwin lain pun, saya tetap akan hormat pada suaminya.
“Bagi saya, kalau kita sudah ada tahap kematangan dan saling memahami itu, insya-Allah, tiada masalah dalam hubungan,” katanya.
Sumber:Rotikaya |
|