CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 62|Reply: 1

[Kedah] Lambaian terakhir dua beradik jadi kenangan bapa saudara

[Copy link]
Post time 20-1-2026 03:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 20-1-2026 03:16 AM

Lambaian terakhir dua beradik jadi kenangan bapa saudara

Zuliaty Zulkiffli[email protected]






Alor Setar: "Acu (Paksu), jumpa lagi malam ni." Itu kata-kata terakhir dua beradik, Muhammad Aqeel Afnan Muhammad Syazwan, 4, dan Muhammad Affan Mikhael, 2, sebelum maut dalam kemalangan jalan raya, semalam.

Kata-kata itu diucapkan sambil melambai ke arah bapa saudara mereka, Muhammad Syafiq Mohd Surodjidin, 22, yang sangat rapat dengan kedua-dua kanak-kanak berkenaan.

Muhammad Syafiq berkata, dua beradik itu sering dihantar ke rumah ibunya di Taman Mutiara, Kulim jika ibu dan bapa mereka bekerja kerana mereka tinggal di rumah sewa di Kampung Sungai Tengas.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu dua beradik itu petang semalam sebelum mereka mengikut bapa mereka yang juga arwah abangnya, untuk menjemput ibu mereka pulang dari tempat kerja.

"Mulanya si abang tak mahu ikut. Saya pujuk supaya dia ikut ayah dan ibunya pulang dulu sebelum berjumpa semula malam nanti.

"Apabila saya tengok jasadnya semalam, saya menyesal suruh dia ikut mereka tetapi saya reda kerana semua ini takdir Allah," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), hari ini.



ALOR SETAR 19 JANUARI 2026. Muhammad Syafiq Mohd Surodjidin, 22, kehilangan abang dan dua anak saudara akibat kemalangan jalan raya.STR/ZULIATY ZULKIFFLI




Lebih memilukan, Muhammad Syafiq berkata, dia baru menerima elaun latihan amali dan ada membuat pesanan barangan mainan secara dalam talian untuk dua beradik itu.

"Saya janji dengan mereka, bila Acu (panggilan Paksu) dapat duit elaun, Acu belikan mainan.

Saya sudah buat pesanan, tetapi barang itu belum sampai.

"Bila balik rumah dan nampak mainan mereka, saya sangat sedih.

Mereka tempat saya lepaskan penat dan tekanan selepas bekerja. Sekarang, dunia saya terasa kosong," katanya.

Menceritakan semula kejadian itu, dia berkata menerima berita kemalangan abangnya, Muhammad Syazwan, 25, kira-kira jam 5.30 petang daripada rakan abangnya, sejurus selesai menunaikan solat Asar.

Dia bergegas ke lokasi kejadian dan dimaklumkan orang awam bahawa pemandu serta dua kanak-kanak dalam sebuah Perodua Viva maut dalam kemalangan itu.

Katanya, dia hanya sempat melihat jenazah abang dan dua anak saudaranya di Hospital Kulim, dengan keadaan dua kanak-kanak itu sangat menyayat hati kerana masih kecil.

Apa pun, kata Muhammad Syafiq, mereka sekeluarga reda dengan pemergian abang dan dua anak saudaranya itu kerana kejadian berlaku tanpa diduga.

"Kami rancang nak beraya di Terengganu tahun ini, sebab mak orang Besut dan arwah ayah pula orang Kuala Terengganu.

"Arwah abang kerja sungguh-sungguh sebab nak simpan cuti untuk balik raya di sana nanti tetapi semuanya tinggal harapan," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, dua kanak-kanak antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Sungai Kob, semalam.





Disiarkan pada: Januari 19, 2026 @ 3:13pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1312720/lambaian-terakhir-dua-beradik-jadi-kenangan-bapa-saudara





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2026 03:17 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.262111 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list