CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54|Reply: 0

[Kedah] Kemalangan di Kulim, jenazah tiga beranak selamat dikebumi

[Copy link]
Post time 19-1-2026 10:48 PM | Show all posts |Read mode
Kemalangan di Kulim, jenazah tiga beranak selamat dikebumi

BERNAMA




Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Kulim-Mahang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Mutiara, Sungai Kob petang tadi. FOTO Bernama



Kulim: Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Kulim-Mahang di sini semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Mutiara, Sungai Kob pada 5.55 petang tadi.

Solat jenazah dihadiri kira-kira 700 jemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Al Fateh Taman Mutiara, Sungai Kob, Zulfikri Salleh.

Terdahulu, jenazah Muhammad Syazwan Mohd Surodjidin, 25, serta dua anaknya, Muhammad Aqeel Afnan, 4, dan Muhammad Affan Mikhael, 2, tiba di rumah ibunya di Taman Mutiara pada 3.59 petang sebelum dibawa ke masjid 10 minit kemudian.

Semalam, media melaporkan tiga beranak itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta jenis Perodua Viva dinaiki mereka bertembung dengan Proton S70 yang dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Lelaki berusia 27 tahun yang memandu Proton S70 itu dilaporkan selamat dan mengalami cedera ringan, bagaimanapun kenderaan dipandunya terbakar.



Disiarkan pada: Januari 19, 2026 @ 7:48pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1312821/kemalangan-di-kulim-jenazah-tiga-beranak-selamat-dikebumi




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.834900 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list