CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 44|Reply: 0

[Sarawak] PGA Briged Sarawak catat rampasan terbaharu Ops Taring bernilai RM10 juta

[Copy link]
Post time 19-1-2026 01:26 PM | Show all posts |Read mode


Gambar-gambar semasa operasi yang dijalankan pada Jumaat. - Gambar PGA Briged Sarawak

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak mencatat kejayaan signifikan apabila merampas pelbagai barangan bernilai kira-kira RM10 juta menerusi Ops Taring Alpha serta Ops Taring Chiller yang dijalankan di Sibu, Betong dan Bintulu pada Jumaat.


Komander PGA Briged Sarawak SAC Lim Bak Phai (gambar) berkata, operasi bersepadu itu membawa kepada penahanan lapan individu tempatan yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyimpanan dan pengedaran barangan tanpa dokumen atau permit sah.

“Rampasan melibatkan pelbagai produk sejuk beku, rokok serta minuman keras tidak bercukai, selain kenderaan dan peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, di Sibu, serbuan oleh Cawangan Risik Batalion 10 PGA berjaya menahan enam lelaki tempatan di sebuah premis.

“Pasukan operasi turut merampas sejumlah besar produk sejuk beku dengan nilai rampasan dianggarkan melebihi RM3.5 juta.

“Di Betong pula, Cawangan Risik Batalion 23 PGA Sri Aman menahan seorang lelaki tempatan dan merampas pelbagai produk sejuk beku dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM2.53 juta,” katanya.

Manakala di Bintulu katanya, Ops Taring Alpha berjaya menumpaskan aktiviti penyimpanan rokok dan minuman keras tidak bercukai.

Operasi melibatkan rampasan ribuan karton rokok, ratusan karton minuman keras serta kenderaan dengan nilai rampasan dianggarkan sekitar RM4 juta.

“Kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu untuk tindakan dan siasatan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan,” katanya.


Gambar-gambar semasa operasi yang dijalankan pada Jumaat. - Gambar PGA Briged Sarawak
Tambahnya, kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan PGA Briged Sarawak.

“PGA Briged Sarawak komited dalam membanteras aktiviti penyeludupan, melindungi kepentingan pengguna serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan awam terus terpelihara,” ujarnya.


Gambar-gambar semasa operasi yang dijalankan pada Jumaat. - Gambar PGA Briged Sarawak


Sumber : Utusan Borneo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.047450 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list