CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46|Reply: 0

[Pulau Pinang] Samun wanita: Anggota tentera direman 5 hari bantu siasatan

[Copy link]
Post time 19-1-2026 12:39 PM | Show all posts |Read mode
Samun wanita: Anggota tentera direman 5 hari bantu siasatan

Zuhainy Zulkiffli[email protected]





Anggota tentera (baju kuning) dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, bagi membantu siasatan membabitkan kejadian samun. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI​




Georgetown: Anggota tentera direman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret hari ini, bagi membantu siasatan membabitkan kejadian samun di sebuah rumah di Ayer Itam, Sabtu lalu.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi bermula hari ini sehingga 23 Januari.

Ia bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek berusia 41 tahun itu ditahan di sebuah kem di Kelantan, pagi semalam selepas disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan mendatangkan kecederaan.

Berdasarkan laporan yang dibuat, mangsa menyedari suspek memasuki bilik tidurnya di sebuah flat di sini, kira-kira jam 11.30 pagi.

Berlaku pergelutan antara wanita itu dengan suspek menyebabkan mangsa mengalami luka di tangan kiri.

Suspek dikatakan mengikat tangan mangsa menggunakan pengikat kabel (cable tie) dan memasukkan seluar dalam wanita itu ke dalam mulut mangsa.

Suspek juga didakwa mengambil barang kemas yang terdapat pada badan mangsa, sebelum beredar.



Disiarkan pada: Januari 19, 2026 @ 11:20am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1312601/samun-wanita-anggota-tentera-direman-5-hari-bantu-siasatan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.045985 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list