CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4244|Reply: 122

“Player JDT, Dari Atas Bawah Barang Branded Tapi Dok Kata Tak Mampu..” – Rita Rudaini

[Copy link]
Post time 19-1-2026 12:06 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon Rita Rudaini menjelaskan jumlah nafkah anak sebanyak RM3,000 yang dibayar oleh bekas suaminya, Aidil Zafuan, ditetapkan berdasarkan keadaan dan keperluan ketika anak-anak mereka masih kecil.

Menurut Rita, keputusan tersebut dibuat melalui mahkamah ketika anak-anaknya masing-masing berusia setahun dan tiga tahun, dengan jumlah nafkah itu hanya melibatkan keperluan asas.

“RM3,000 ikut kemampuan yang dia (Aidil) minta di mahkamah untuk tanggung susu, lampin dan makanan anak-anak sahaja yang ketika itu anak-anak umur setahun dan tiga tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Rita turut menafikan dakwaan bahawa dia menghalang Aidil daripada bertemu anak-anak mereka.






“Tak payah lah buat cerita tak bagi jumpa anak-anak. Saya setuju datang tengok anak-anak setiap minggu, kenapa tak buat?”

“Bila anak sudah besar dan tak mahu jumpa jangan fitnah mak dia pula. Terima sahaja balasan Allah, baru di dunia, anak-anak tak mahu,” katanya lagi.

Untuk rekod, semua kes mahkamah membabitkan tuntutan nafkah anak, mutaah dan iddah yang dikemukakan Rita terhadap Aidil telah diputuskan pada tahun 2017.

Mahkamah sebelum ini memerintahkan Aidil membayar nafkah anak sebanyak RM3,000 sebulan bermula Januari 2015. Selain itu, beliau turut diarahkan membayar mutaah berjumlah RM30,000 pada Oktober 2015.

Rita dan Aidil mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 sebelum sah bercerai pada 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 16, dan Airit Qaqa Arjuna, 14 tahun.

Sumber: Beautifulnara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2026 12:12 PM | Show all posts
Edited by KamikuP at 19-1-2026 07:13 AM

Mujur dia pernah kawen dengan personaliti tv/sukan yg kembo tu takde anak dan ada perintah mahkamah Ritrud supaya jangan kaco dia dah... ekekek
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
ni la janda anak dua yg paling membosankan.... tk abis2 dok merempan kt media...

mesti Aidil nyesal ada anak dgn pompuan ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap konpius sbnarnya Aidil ni bayar ke tak nafkah kat dia sbb tak habis habis merentan nafkah anak. kalau tak bayar bagus jugak dia bersuara tuntut hak dia besarkan anak sorang sorang tapi bila banyak kali ni letih jugak nak dengarnya sbb kita pun takde solusi nak bagi kalau Aidil tu sendiri takde nak berubah
Dan dia tak habis habis cakap yang Aidil duk ngata dia cakap tak kasi jumpa anak. tapi iolss tak pernah pulak nampak Aidil ada cakap gitu. atau Aidil ni manipulate tak tau la padehal dia memang tak nak ambik tau pasal anak dia dahh tu yang dia cakap Rita tak kasi jumpa

Gasak kat kau la Rita
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
angin_menderu replied at 19-1-2026 01:08 PM
Jap konpius sbnarnya Aidil ni bayar ke tak nafkah kat dia sbb tak habis habis merentan nafkah anak.  ...

Bayar rm3k ikut perintah mahkamah. Royani nk lebih ,g la buat tuntutan baru kan.
Tp dgn statement dia ni,terbuktila aidil ckp betul bgi nafkah .
Tololwers royani boleh beratur minta maaf kat Aidil sb selama ni tuduh dia tak bagi nafkah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat je lahh permohonan baru kat mahkamah..post kat social media buat apa? Ko nak suruh netizen goncang pagar rumah aidil ke supaya tambah duit nafkah? Cakap bebal kang marahhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2026 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bunyik lagi
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 19-1-2026 01:12 PM
Bayar rm3k ikut perintah mahkamah. Royani nk lebih ,g la buat tuntutan baru kan.
Tp dgn statement  ...

Citenyaaaaaa. iolss pun memang selama ni ingat si Aidil tu tak bayar nafkah sbb termakan dgn propaganda ratu rentan ni dan selalu komen nurtizen pun banyak bekap dia.
Padehal dia sendiri cakap yang tu tuntutan mahkamah so betul la org cakap buat je la tuntutan baru. ini tidak setiap bulan ada je cite baru sindir org tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2026 02:02 PM | Show all posts
angin_menderu replied at 18-1-2026 07:08 PM
Jap konpius sbnarnya Aidil ni bayar ke tak nafkah kat dia sbb tak habis habis merentan nafkah anak.  ...

Bayar, tapi rate 10-15 taun lepas, sebulan RM3k tu, untuk dua orang. Aidil kata tu je dia mampu, waktu itu. And bayaran still the same sampai sekarang. Sekarang anak dah young adult, patut lagi banyak nafkahnya, sekolah, expenses, sambung belajar bagai. Alasan laki dia tak dapat jumpa anak, so buat apa bayar lebih, tapi masalahnya dia (ex-laki) yang cut off hubungan ngan anak dia, no meet, no call or whatsoever.

Tu yang dia keep on meroyani. Hihihi!

Seperti Bakyah menghantui hidup Noman & Meimei...dengan cara halus..


Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga anak2 acikrita ketemu jodoh dgn wanita yg status, gap umur dan akhlak yg sama mcm acik rita 100%.. amin
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 19-1-2026 02:02 PM
Bayar, tapi rate 10-15 taun lepas, sebulan RM3k tu, untuk dua orang. Aidil kata tu je dia mampu, w ...

"tapi masalahnya dia (ex-laki) yang cut off hubungan ngan anak dia, no meet, no call or whatsoever."

Betul ke ni wak? Tapi mcm penah terbaca yg ex dia ada je g kat anak dia kat mrsm sana ? X sure la fakta ke auta...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Aidil pun ada anak2 lain dan isteri nk di tanggung. Tuntut je la kat mahkamah, bising2 pun tak boleh jadi ape.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 02:26 PM | Show all posts
brainbiru replied at 18-1-2026 08:18 PM
"tapi masalahnya dia (ex-laki) yang cut off hubungan ngan anak dia, no meet, no call or whatsoever ...

Entah la wak... selama ni itu je ayat dia ulang2.... hahahaha!
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 02:26 PM | Show all posts
KamikuP replied at 19-1-2026 12:12 PM
Mujur dia pernah kawen dengan personaliti tv/sukan yg kembo tu tak dapat anak dan ada perintah mahka ...

pandai ex dia kan, aidil asal xbuat cmtu ek
mulut mcm bbontot ayam
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tau tak kenapa aidil tu taknak jumpa ? Sebab mulut hang la hadoi. Tau nak kondem, maki, cuba la buang sikit pangai hazab tu. Aidil tu nk bincang pun susah sebab setiap kali mesti kene maki.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki lain pun taknak kawen dgn pempuan cmni. Mulut celupar terpaling betul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2026 02:34 PM | Show all posts
pandai dia kan... dari acik remaja sampai la acik tua ni, sma ja MO dia. benda yang sama dia meroyan... hmmmmmmm.... acik tolong ko buat application la nak? minta mahkamah naikkan nafkah. penat mendengar. nak bernanah telinga.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 02:34 PM | Show all posts
anak2 sekolah menengah mmg keras kos dia..nak2 mcm anak rita ni...dia jaga anak elok..naikkan je la kos saraan....klu level sengkek..spendar pun koyak lain lah cerita dia...ni mampu kot..walaupun masuk MRSM....tp kos dia boleh tahan..level rita takkan nak suh MARA sponsor semua...tu dah mcm ambil hak org lain pulak...anaknya bukan xde bapa..haa gitu lah ...

tapi iuols nmpk elok je rita ni jaga anak2 dia...pandai2 je tu ha....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak silap edel cuma boleh tgk anak2 di rumah ritrud je sbb masa tu anak masih kecil,  tak boleh bermalam,  since edel dah kawin baru tak manis lah arrangement mcm ni.  Fanatic ritrud desak suruh edel ke mahkamah tukar the ruling, masalanya patut tak perlu lah susahkan keadaan boleh je berbaik dgn edel dan zarema bagi indication dia boleh bawa anak2 tu keluar bermalam dan rapatkan dgn adik2 mereka, wht i see dia tak habis buat zarema mcm musuh, asyik cari isu dgn edel.  I don't think she can compromise dan dia yg menakutkan org utk berbaik dgn dia. Mestilah anak2 tu dah besar taknak tgk bapa sebab membesar dgn mak. Faham je kita dgn situasi mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Owh maksudnya dia nak edel up duit nafkah secara suka rela la ye takyah atur langkah naik court
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.315853 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list