CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28|Reply: 0

[Sarawak] RM150 juta diluluskan, tubuh Pusat Astronomi di Sarawak: Abang Johari

[Copy link]
Post time 19-1-2026 11:06 AM | Show all posts |Read mode


Abang Johari menerima cenderamata daripada Misnu (tiga kiri) sebagai penghargaan. -Gambar UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi penubuhan Pusat Astronomi di Sarawak, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Perkara ini diumumkan Abang Johari pada Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat Agensi Islam di Kompleks Islam Sarawak pada Jumaat.

"Pagi tadi (Jumaat) Kabinet Sarawak telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi penubuhan sebuah pusat astronomi di Sarawak.

"Pusat ini bukan sahaja bertujuan memupuk minat terhadap ilmu falak, tetapi menjadi asas kepada pembangunan kepakaran dalam bidang aeroangkasa,” katanya.



Abang Johari berucap pada Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat Agensi Islam di Kompleks Islam Sarawak pada Jumaat. -Gambar UKAS

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS),  Abang Johari  menambah, inisiatif tersebut akan dilaksanakan menerusi kerjasama strategik antara Jabatan Mufti Sarawak dan institusi pengajian tinggi milik Sarawak, iaitu Kolej Universiti i-CATS, yang kini menawarkan pengajian dalam bidang berkenaan bagi melahirkan tenaga pakar dalam sains angkasa, teknologi satelit serta sistem komunikasi.

Beliau menjelaskan, penguasaan teknologi angkasa kini menjadi antara penentu utama kekuatan negara-negara maju, khususnya dalam aspek keselamatan, sistem komunikasi global, pengurusan serta penyimpanan data, selain keupayaan pemerhatian bumi melalui penggunaan teknologi satelit.

“Siapa yang menguasai ruang angkasa, menguasai masa depan.

"Oleh itu, Sarawak mesti bersedia melahirkan anak-anak tempatan, khususnya umat Islam, yang mahir dalam bidang sains, matematik tambahan, fizik, kimia serta kejuruteraan,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Abang Johari menegaskan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris teknikal bagi membolehkan generasi muda memahami, menguasai serta menterjemah ilmu sains moden kepada aplikasi praktikal dalam dunia sebenar.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa kerajaan Sarawak akan terus memperkukuh pembangunan sekolah antarabangsa di bawah Yayasan Sarawak yang mengintegrasikan Silibus Cambridge dengan pengajian Islam, termasuk hafazan al-Quran serta pemahaman tamadun manusia, bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi pembangunan duniawi dan ukhrawi.

Beliau turut menyentuh perkembangan penyelidikan teknologi tinggi di Sarawak, termasuk usaha merekabentuk cip kecerdasan buatan (AI) melalui kerjasama saintis tempatan dan pakar antarabangsa, sebagai langkah awal ke arah penguasaan teknologi strategik.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, Sertiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Peguam Besar Sarawak, Dato Sri Saferi Ali, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak( Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha.



Abang Johari bersama tetamu yang lain menyempurnakan simbolik majlis. -Gambar UKAS


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.044546 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list