CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki dilapor hilang di Sungai Rejang dijumpai lemas

[Copy link]
Post time 19-1-2026 10:56 AM | Show all posts |Read mode


Anggota JBPM meneruskan operasi SAR hari ini, sebelum mangsa ditemui terapung di Sungai Ulu Lepa berhampiran Bintangor. -Gambar JBPM Sarawak

SIBU: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Rejang di kawasan perairan berhampiran Jalan Hulu Lanang di sini, ditemui lemas pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR), pada Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan mangsa dikenal pasti sebagai Muhaji, 44, warga Indonesia.
Menurut kenyataan itu, mangsa bekerja di sebuah kapal pasir di perairan Sungai Rejang.

JBPM Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 14 Januari lalu kira-kira jam 12.40 tengah hari.

Berdasarkan maklumat awal, kejadian dipercayai berlaku sehari sebelumnya iaitu pada 13 Januari sekitar jam 6 petang ketika mangsa hendak mandi sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Mangsa dilaporkan terjatuh dari kapal pasir yang menjadi tempat kerjanya dan gagal dikesan selepas kejadian itu.

Susulan laporan kehilangan, operasi SAR digerakkan dengan penglibatan pelbagai agensi penyelamat.

Menurut kenyataan itu, operasi SAR memasuki hari ketiga dengan pencarian diperluaskan di sepanjang Sungai Rejang.

“Operasi hari ketiga dimulakan pada jam 8.18 pagi dengan sesi taklimat bersama semua agensi terlibat sebelum pencarian dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan operasi pencarian dijalankan menggunakan kaedah water surface search dalam radius kira-kira tujuh kilometer.

Pada jam 10.30 pagi, pihak bomba menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat terapung di Sungai Ulu Lepa berhampiran Bintangor.

Hasil pengecaman di Hospital Sarikei pada jam 1.37 tengah hari mengesahkan mayat berkenaan adalah mangsa yang dilaporkan hilang, sebelum operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.45 petang.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:02 PM GMT+8 , Processed in 1.371880 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list