CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 56|Reply: 0

[Pulau Pinang] Yusri bimbang Paroi kebal

[Copy link]
Post time 19-1-2026 05:00 AM | Show all posts |Read mode
Yusri bimbang Paroi kebal

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Januari 18, 2026 @ 2:01pm




Pemain Negeri Sembilan Joseph Esso (kanan) diasak pemain Imigresen Vinicius Milani Bueno (kiri) pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Negeri Batu Kawan. - BERNAMA



BATU KAWAN: Pengendali Imigresen FC, Yusri Che Lah optimis peluang pasukannya untuk melangkah lebih jauh dalam kempen Piala Malaysia masih terbuka meskipun terikat keputusan seri tanpa jaringan menentang Negeri Sembilan FC pada aksi pertama pusingan 16 di Stadium Negeri Pulau Pinang, di sini semalam.

Yusri mengakui pasukannya mempunyai beberapa peluang terbaik terutama pada babak kedua, namun gagal memanfaatkan intensiti permainan yang semakin meningkat untuk menghasilkan jaringan bagi memastikan bekalan selesa menjelang aksi timbal balik di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Ahad depan.

"Walaupun kami sekadar mendapatkan keputusan seri, Piala Malaysia ini sesuatu kejohanan yang semua pasukan idamkan dan menjadi satu sejarah besar seandainya kami berjaya melangkah lebih jauh bagi pasukan Imigresen yang baru bermula musim ini," katanya selepas perlawanan.

Mengulas mengenai perlawanan timbal balik, Yusri sedar kesukaran menanti memandangkan rekod cemerlang skuad Jang yang agak kebal apabila beraksi di laman sendiri.

"Sudah pasti jika dilihat rekod cemerlang Negeri Sembilan di Paroi, mereka kalah hanya kepada pasukan Johor Darul Ta'zim sebelum ini dan kami tahu bagi pihak Imigresen tidak selalu ada peminat di stadium.

"Jadi saya ingin mengingatkan kepada pemain, gunakanlah peluang untuk tampil dengan aksi menghiburkan kalau kami menggunakan segenap ruang yang ada sebaik mungkin, mungkin sorakan di sana nanti akan memihak kami," ujarnya.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/01/1498260/yusri-bimbang-paroi-kebal





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.043339 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list