CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 670|Reply: 3

[Tempatan] Ketua Kardiologi IJN Sertai Pasukan Rawat Sultan Brunei

[Copy link]
Post time 18-1-2026 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by begg at 18-1-2026 11:41 PM



PETALING JAYA: Institut Jantung Negara (IJN) mengumumkan Ketua Kardiologi dan Pengarah Perkhidmatan Kegagalan Jantung, Datuk Seri Dr. Azmee Ghazi dipilih menyertai pasukan perubatan yang mengendalikan prosedur pembedahan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

IJN dalam satu kenyataan memaklumkan, pemilihan tersebut mencerminkan keyakinan terhadap kepakaran klinikal IJN, khususnya dalam rawatan kardiovaskular kompleks dan berprofil tinggi.

Menurut IJN, penglibatan pakarnya bersama pasukan perubatan khas Sultan Brunei itu turut mengukuhkan kedudukan institusi berkenaan sebagai pusat rujukan serantau bagi rawatan jantung bertaraf antarabangsa.

“IJN berbesar hati dapat menyumbang kepakaran perubatan pada tahap tertinggi dan mendoakan agar prosedur pembedahan Sultan Hassanal Bolkiah berjalan lancar serta dikurniakan pemulihan yang cepat,” katanya.

IJN menegaskan institusi berkenaan kekal komited membangunkan kepakaran perubatan tempatan yang memenuhi piawaian antarabangsa dan bersedia menyalurkan kepakaran itu di peringkat global apabila diperlukan. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2026 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Anakanda jadi pemangkukah?


Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 02:16 AM | Show all posts

Sultan Brunei yakin sbb Tun M selalu dptkan khidmat IJN.

Syabas doctor .. mungkin esol lusa dpt pingat dari kerjaan Brunei.

Maybe..Singapore hospital is trying to poach this guy.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
umur brp dr ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.048607 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list