CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 1379|Reply: 25

[Jenayah] S70 Hilang Kawalan ~ Viva Jadi Mangsa [ Pemandu Maut Bersama 2 Toddler ]

[Copy link]
Post time 18-1-2026 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by borne at 18-1-2026 11:15 PM



KULIM: Lelaki dan dua kanak-kanak yang maut kemalangan disahkan sebagai tiga beranak yang terlibat kejadian itu di Jalan Kulim-Mahang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Kob, di sini.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Muhammad Syazwan Mohd Surodjidin, 25, yang memandu Perodua Viva bersama dua anak lelakinya, Muhammad Aqeel Afnan, 4, dan Muhammad Affan Mikhael, 2.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Zulkifli Azizan berkata, kemalangan melibatkan Perodua Viva dinaiki ketiga-tiga mangsa dengan Proton S70 dipandu lelaki berusia 27 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai akibat Proton S70 yang hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sehingga menyebabkan pertembungan dengan Perodua Viva terbabit.

“Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk urusan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Zulkifli berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, pemandu Proton S70 yang terlibat dalam kejadian terbabit masih menerima rawatan akibat kecederaan dialami.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan kemalangan itu berlaku pada pukul 5.15 petang ini dengan mayat dua kanak-kanak terbabit dikeluarkan oleh orang awam, manakala pemandu yang tersepit dikeluarkan anggota bomba menggunakan peralatan khas.

Perodua Viva dinaiki tiga beranak itu terbabas ke bahu jalan akibat pelanggaran terbabit, sementara Proton S70 berkenaan terbakar. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2026 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah
Siannya sekelip mata dr empat beranak, jd sebatang kara
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah. Moga tabah keluarga hadapi ujian kehilangan ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 02:35 AM | Show all posts
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 07:35 AM | Show all posts
Allahuakbar kesian ibu nya.. suami & anak2 tetiba dah tkde.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
S70 hilang kawalan sbb ape? Masalah kereta? Main fon? Kesian tak psl org lain jd mangsa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2026 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
S70 ke yg terbakar tengok kt vid.jln tu mcm dabel line adakah s70 tu memotong kt dabel line
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga..
Pemandu S70 terselamat ka terkorban sekali?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2026 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 08:51 AM | Show all posts
situ jalan sempit..trafik tinggi petang2..katanya si arwah suami nak pegi jemput isteri yg bekerja di kedai makan di kulim..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 08:53 AM | Show all posts
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

salam takziah.. takdpt bayangkan perasaan isteri aka ibu..hsbd & anak2 hilang serentak
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 19-1-2026 08:19 AM
Takziah kpd keluarga..
Pemandu S70 terselamat ka terkorban sekali?

Terselamat sis.

Katanya, pemandu Proton S70 yang terlibat dalam kejadian terbabit masih menerima rawatan akibat kecederaan dialami.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 19-1-2026 09:07 AM
Terselamat sis.

Katanya, pemandu Proton S70 yang terlibat dalam kejadian terbabit masih menerima ...

Harap bini viva tu dpt pampasan ka, duit socso ka..

Tingat iols kat sorang mamat ni.. bawak mercedes.. pastu kat highway melaka eksiden sbb keta dia terbabas.. dia terselamat tapi keta yg bertembung dgn keta dia, 2 org meninggal.. so mamat ni masuk spital, lepaih bangun kena hadap mahkamah, bayaq pampasan sampai baper tahun ntah..

Mamat tu dok kata abang dia dah rosakkan keta sampai dia terbabas..

Tapi iols rasa maybe dia bawak laju juga la...

So iols ekspek kes ni sama jahh.. walopon terselamat, lepaih sihat kena hadap mahkamah jua.... iols tatau la apa yg berlaku kalau S70 tu pun terkorban sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
salam takziah... kete paling laju skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillahwainnalillahirojiun.. salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2026 02:12 PM | Show all posts
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 02:29 PM | Show all posts
Harap ada lawyer approach untuk failkan saman sivil
kesian la kecik lagi 4 dan 2 tahun
huhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 02:41 PM | Show all posts
Takziah kpd keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnaillahirojiun
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 21231 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 19662 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 17239 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 19842 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 21128 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 10408 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.187557 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list