CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 53|Reply: 0

[Perlis] GISBH: Mahkamah Tinggi tolak semakan kehakiman terhadap fatwa

[Copy link]
Post time 16-1-2026 06:30 PM | Show all posts |Read mode
GISBH: Mahkamah Tinggi tolak semakan kehakiman terhadap fatwa

Aizat Sharif[email protected]





PROSIDING dihadiri Ahmad Hanir (kanan) dan Mohammad Solehheen (kiri) yang dan Zulfikri (tengah) di Mahkamah Tinggi Kangar. FOTO Aizat Sharif




Kangar: Mahkamah Tinggi Kangar hari ini menolak permohonan bagi permohonan kebenaran semakan semula kehakiman ke atas keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis (JFP) terhadap GISB Holdings Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH) Sdn Bhd, Datuk Nasiruddin Mohd Ali yang dikeluarkan Oktober 2024 lalu.

Dalam prosiding keputusan hari ini, Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas memutuskan permohonan semakan kehakiman berkenaan tidak berasas dari segi undang-undang dan menolak cabaran terhadap fatwa itu.

Ini adalah susulan daripada fatwa yang dikeluarkan oleh JFP pada 14 Oktober 2024 yang menjelaskan bahawa pegangan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd difatwakan sebagai fahaman yang bersifat batiniah, menyeleweng dan sesat.

Malah, fatwa berkenaan turut menyimpulkan bahawa model ekonomi yang diamalkan oleh GISB Holdings Sdn Bhd adalah bercanggah dengan prinsip ekonomi Islam kerana ia dikatakan mempunyai unsur penindasan dan perhambaan terhadap mereka yang terbabit serta eksploitasi ke atas ahli, kanak-kanak, wanita dan keluarga.

Mohamad Abazafree dalam membaca hujahan keputusannya merumuskan bahawa Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengkaji semula fatwa itu yang dibuat atas kuasa prerogatif Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

"Malah, adalah berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah dan tidak boleh dicabar di mahkamah sivil dan dalam Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa berhubung perkara yang terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

"Mahkamah ini turut menerima intipati fatwa berkenaan yang menyentuh soal pemahaman, ajaran, kepercayaan serta amalan pemimpin, pengikut, pekerja atau ahli GISB dan rangkaiannya yang didapati mengandungi unsur penyelewengan serta bercanggah dengan ajaran Islam yang sah.

Menurut mahkamah, fatwa itu bertujuan menyekat umat Islam daripada mengamalkan fahaman, ajaran dan kepercayaan berkenaan atau mana-mana amalan yang mempunyai persamaan dengannya," katanya.

Prosiding berkenaan turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambali dan Mohammad Solehheen Mohammad Zaki yang mewakili JFP dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) manakala plaintif yang tidak hadir pada prosiding berkenaan diwakili peguam, Zulfikri Ulul Azmi.

Mengulas permohonan dua pemohon untuk membatalkan fatwa itu, mahkamah berpandangan tuntutan itu pada asasnya mencabar intipati fatwa, sekali gus berada di luar bidang kuasa mahkamah sivil.

"Mahkamah juga mengambil kira hujahan bahawa fatwa berkenaan tertakluk kepada kuasa prerogatif Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis selaku Ketua Agama Islam negeri itu, sebagaimana diperuntukkan di bawah Perlembagaan Negeri Perlis dan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam.

"Berpandukan Seksyen 48 Enakmen 4/2006, mahkamah ini menegaskan sesuatu fatwa hanya boleh diwartakan selepas mendapat perkenan Tuanku Raja Perlis, dan perkara itu adalah prasyarat wajib sebelum ia berkuat kuasa secara sah," katanya.

Beliau berkata, mahkamah turut merujuk keputusan terdahulu dalam kes Sulaiman bin Takrib melawan Kerajaan Negeri Terengganu yang mengiktiraf bahawa hal ehwal pewartaan fatwa adalah tertakluk kepada kuasa prerogatif Raja atau Sultan negeri.

Sehubungan itu, Mohamad Abazafree memutuskan permohonan semakan kehakiman berkenaan tidak berasas dari segi undang-undang dan menolak cabaran terhadap fatwa itu.



Disiarkan pada: Januari 16, 2026 @ 2:19pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1311590/gisbh-mahkamah-tinggi-tolak-semakan-kehakiman-terhadap-fatwa




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.047854 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list