CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 571|Reply: 2

Wajah Pengantin Mirip Shila Amzah, Ubai Seloroh – ‘Suami Dia Nama Ubai Juga Ke?’

[Copy link]
Post time 16-1-2026 04:31 PM | Show all posts |Read mode





Sebuah video memaparkan seorang pengantin perempuan tular di TikTok selepas wajahnya dikatakan mirip penyanyi dan komposer terkenal, Shila Amzah.

Menerusi perkongsian tersebut, pengantin berkenaan tampil anggun mengenakan persalinan raja sehari berona biru turquoise.

Namun, apa yang paling mencuri perhatian warganet adalah raut wajahnya yang persis Shila Amzah, terutama apabila dia mengukir senyuman.

Malah, air muka pengantin itu dilihat seakan-akan ‘tidak tumpah’ seperti pelantun lagu Patah Seribu berkenaan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen.




Perkongsian tersebut turut menarik perhatian Shila sendiri yang meninggalkan komen di ruangan balas dengan memuji kecantikan pengantin itu.

Bukan itu sahaja, suami Shila, Ubai MZ turut mencuri perhatian apabila berseloroh dengan bertanya sama ada nama suami pengantin tersebut juga Ubai.

"Suami dia nama Ubai juga ke?"

Rata-rata warganet terhibur dengan komen mencuit hati Ubai selain turut bersetuju dengan persamaan wajah antara pengantin berkenaan dan Shila.

Sumber: TikTok, Oh Bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2026 04:41 PM | Show all posts
netizen ni memang mudah terhibur
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berkenan kat mekapnya. Dah lawa, ai think mekap should tone down siked.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.265100 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list