|
View: 468|Reply: 1
|
[Tempatan]
Kes kehilangan van jenazah terjawab, dicuri bekas sukarelawan
[Copy link]
|
|
|
Oleh: Hafidzul Hilmi Mohd Noor
PETALING JAYA: Kes kehilangan van jenazah milik Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih, semalam, terjawab apabila kenderaan itu dipercayai dicuri bekas sukarelawan pertubuhan kebajikan itu.
Pengasas pertubuhan itu, Shahrol Muhammad, 46, berkata, kehilangan van jenazah terbabit disedari kira-kira jam 3 petang apabila ia didapati tiada di kawasan parkir premisnya.
Ketika kejadian, beliau berkata, kunci van jenazah itu diletakkan di dalam sebuah tong berikutan ketiadaan bilik wakaf khas untuk penyimpanan kunci.
“Selain kenderaan, wang tabung kebajikan kurang RM100 turut dilaporkan hilang,” katanya.
Beliau berkata, kehilangan terbabit menimbulkan syak sebelum pihak pertubuhan mengaitkannya dengan seorang bekas sukarelawan yang sebelum ini telah dikeluarkan daripada pertubuhan berkenaan.
“Suspek adalah bekas sukarelawan kami yang telah dikeluarkan daripada pertubuhan kerana dipercayai mempunyai masalah mental,” katanya.
Susulan laporan dibuat, Shahrol berkata, suspek berjaya dikesan dan ditahan oleh pihak berkuasa bersama van jenazah terbabit, malam tadi.
“Kes kini diserahkan sepenuhnya kepada polis untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Suspek adalah bekas sukarelawan kami yang telah dikeluarkan daripada pertubuhan kerana dipercayai mempunyai masalah mental,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|