|
View: 1939|Reply: 44
|
[Tempatan]
Tumpat - Nasi goreng kosong sajian biasa lapan beranak
[Copy link]
|
|
|
Tumpat: "Bila tiada wang, anak-anak makan nasi goreng sahaja," kata Suhaida Shafiin, 43, yang juga ibu tunggal di Kampung Kepala Batas di sini, menyebabkan mereka sentiasa ikat perut.
Suhaida berkata, sejak bercerai hampir empat tahun lalu, dia menjadi tulang belakang menyara tujuh anaknya yang berusia empat hingga 21 tahun dan pernah bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di bandar Tumpat.
Namun katanya, dia terpaksa berhenti kerja kerana sukar untuk menguruskan anak-anak apabila anak sulungnya menghadapi tekanan perasaan dan tidak mampu menguruskan adik-adiknya ketika dia keluar bekerja.
"Disebabkan itu, saya terpaksa berhenti kerja dan kini menyara hidup dengan menghasilkan kek dan sambal bilis yang dijual secara kecil-kecilan melalui aplikasi WhatsApp," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.
Katanya lagi, nasib baik ada pihak yang sudi membantu membelikan kelengkapan sekolah itu dan dia hanya menumpukan untuk bayaran yuran dan pembelian buku.
"Itu pun hanya separuh (yuran) sahaja yang baru dibayar kerana saya tidak mampu dan sudah dimaklumkan kepada pihak sekolah sebaik wang hasil jualan kek dan sambal bilis sudah mencukupi, saya akan langsaikan baki bayaran.
"Dua anak yang berusia 10 dan 11 tahun turut bawa 10 bekas kek untuk dijual di sekolah dengan RM1 satu bekas.
"Mereka akan jual kepada rakan-rakan dan ada juga guru yang membeli kerana simpati. Hasil jualan itu akan dibawa pulang selain menggunakannya sedikit sebagai wang saku," katanya sambil memberitahu pendapatan bersih yang diperoleh sekitar RM600 sebulan.
Terdahulu mereka menerima kunjungan kumpulan aktivis masyarakat Asnaf Hunter yang diwakili Engku Mohd Razali Engku Kadir yang menyerahkan bantuan barangan dapur serta wang zakat.
Suhaida berkata, banyak lagi keperluan persekolahan anak belum disediakan meskipun menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah skim Bantuan Kanak-kanak (BKK).
Katanya lagi, rumah sewa dengan kadar RM350 sebulan juga ada tunggakan tiga bulan dan berharap dapat menyelesaikannya secepat mungkin.
"Saya hanya mampu berusaha setakat termampu dan apa yang saya paling perlukan sekarang adalah peralatan membuat kek seperti mesin adunan dan ketuhar lebih besar selain sedikit modal pusingan supaya dapat dijalankan tanpa masalah," katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh membuat sumbangan menerusi akaun Bank Islam milik Suhaida 03148020318321.

SUHAIDA ditemani anak sulung, Nur Damia Shamimi bersama tujuh anaknya yang berusia empat hingga 21 tahun ketika ditemui ditemui dirumah sewanya di Kampung Kepala Batas. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
issue yg sama..dah tau x mampu,tapi tetap nk beranak bnyk2 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tumpat: "Bila tiada wang, anak-anak makan nasi goreng sahaja," kata Suhaida Shafiin, 43, yang juga ibu tunggal di Kampung Kepala Batas di sini, menyebabkan mereka sentiasa ikat perut.
Suhaida berkata, sejak bercerai hampir empat tahun lalu, dia menjadi tulang belakang menyara tujuh anaknya yang berusia empat hingga 21 tahun dan pernah bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di bandar Tumpat.
Namun katanya, dia terpaksa berhenti kerja kerana sukar untuk menguruskan anak-anak apabila anak sulungnya menghadapi tekanan perasaan dan tidak mampu menguruskan adik-adiknya ketika dia keluar bekerja.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bulan ni kaya sikit, dpt sara RM100, lepas tu str anak 5 lg banyak..Kalau anak sekolah dpt bantuan awal sekolah sorang RM150
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Namun katanya, dia terpaksa berhenti kerja kerana sukar untuk menguruskan anak-anak apabila anak sulungnya menghadapi tekanan perasaan dan tidak mampu menguruskan adik-adiknya ketika dia keluar bekerja.
Kesian anak sulung tu sampai tekanan perasaan kena jaga adik2 agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok.ni nmpk la berusaha jgk nk bg mkn anak2.buat kek & smbal bilis.xde la 100% harapkan bntuan.ai harap akk ni punya bisnes makin laku lepas ni.semoga maju jaya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Muda lagi maknya baya2 acik forum gen milennial yg lahir tahun 80an
Tak sebut tentang bapa bebudak tu harap dia ada bagi la nafkah.
Anak ceretek gitu susah nak nak kuar keje, nk upah pengasuh sudah tentu tak mampu.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tulah, kesia duduk dalam keluarga tak bahagia. Lepas tu mak gi keje, dia kena jadi mak ayah utk adik2 dia. Sedangkan dia mesti ada cita2 nak belajar tinggi, atau nak kerja cari duit poket sendiri. Tapi terpaksa duduk dlm keadaan mcm tu. Kalau mental dia ok, mesti dia pon keluar kerja bantu mak dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Umur dia 21, adik-adik dia kecik lagi, mesti masa dia sekolah dulu mak dia keje dia yg jaga adik-adik
Kesiandia, patutnya dia pegi sambung belajar.. Nampak cantik budaknya, sepatutnya masa depan cerah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dewi_rina replied at 16-1-2026 11:22 AM
Kesian anak sulung tu sampai tekanan perasaan kena jaga adik2 agaknya
6 org adik pulak tu,masing2 ada kerenah masing2,mahu x stress,kalo mak yg ada 6 org anak pon pening kepala apatah lagi la dia yg masih lagi remaja ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa berhenjut tak fikir pula pasal tekanan perasan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"Saya hanya mampu berusaha setakat termampu dan apa yang saya paling perlukan sekarang adalah peralatan membuat kek seperti mesin adunan dan ketuhar lebih besar selain sedikit modal pusingan supaya dapat dijalankan tanpa masalah,"
Betul tu, bagus dia.. Dia mintak bantuan mesin adunan kek tu untuk lebih mudah dia nak buat kek ke kuih raya ke boleh lah buat jualan kuih raya, dah nak raya ni
Lagi bagus dia ni dari akak yg dpt zakat tu
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
entahkan memang tak bagi nafkah..
sampai kena makan nasi goreng...
unless bapaknya pon keje kutip tin.. taktaula kan..
tapi kurang2nya akak ni nampakla ada usaha nak survive..
buat kek and sambal..
bole mohon bantuan mixer n oven.. kursus.. and marketing.
dia hanya market tru wasap aje.. skala kecik je.. mmg takat beli beras n keperluan anak2 je la..
kalau ada bantuan.. bole amik tempahan banyak sket.. siap bole hire pembantu lagi nanti.
anak2 mungkin ada yg dah sekolah menengah.. bole gak menolong petang2 ke..
boleh tu.. inshaAllah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bercerai 4 tahun lalu
umur anak bongsu, 4 tahun
ape jenih laki nih
elok ditembak dgn senapang gajah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bapak budak2 ni senang ye lepas tangan.. pahtu lg 20 tahun, mula la cakap, anak2 tak peduli, anak derhaka, jumpa tepi jalan, hospital iklankan kehilanga, netz mula la bermulut capui kata anak derhaka bagai.. babih!! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tipikal lelaki jantan kelate kan boh
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
nasi goreng kosong
ada cili kering (gunting2)
dgn bwg putih bwg merah
sedak dooh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
iols nmpk kucing comel dpn dorg.
semoga dipermudahkan dpt bantuan alatan...biasa Giat Mara ada bg alat2 mcm ni sbgi bantuan.
ex laki elok mampus je... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|