CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1370|Reply: 21

[Tempatan] Jual mi segera depan sekolah rendah, ibu bapa naik angin

[Copy link]
Post time 16-1-2026 11:09 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Tindakan peniaga menjual mi segera di hadapan sekolah rendah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa.

Menerusi perkongsian di Threads oleh @nadalrazak, seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila mendakwa terdapat peniaga yang menjual mi segera di kawasan berhampiran sekolah rendah.

“Tergamak eh mak cik-mak cik ni jual dekat budak sekolah rendah benda macam ni. Lapor dekat sekolah pun tak jalan, kita boleh lapor dekat siapa lagi?” tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya meluahkan rasa marah terhadap tindakan segelintir peniaga yang didakwa tidak memikirkan aspek kesihatan kanak-kanak.

“Sekolah anak saya, PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) siap bergaduh dengan penjaja luar, tetapi masalah masih sama. Lapor kepada MPKJ (Majlis Perbandaran Kajang) pun, bila sudah dihalau mereka tetap tidak serik,” komen Ain Alias.

“Memang peniaga dekat sekolah suka jual benda-benda merapu. Nak kaut untung daripada duit budak-budak sekolah. Kalau nak berniaga pun, jual lah makanan yang lebih elok,” kata Zakwan Zaini.

“Pergi lapor pihak berkuasa tempatan, mereka akan turun tengok. Orang nak berniaga, dia pun nak berniaga, tetapi aniaya anak orang,” komen Achatina Fulica. – KOSMO! ONLINE



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2026 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Eleh anak2 korang tu takkan la korang sekali pon tak penah bagi makan megi??  Dorang kenal kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tazangka menda mcm ni pun bleh buat bisnes... jaja kat budak2..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Brapa hengget satu cup tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 07:36 PM | Show all posts
kat rumah mak goreng nugget, sosej, makan mcdi, burger, pergi mamak order maggie goreng

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berselera nye tengok maggi tu, kosong dan cair, mesti dah sejuk jugak. Berapa la harga 1 cup. Tak berbaloi kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2026 09:54 PM | Show all posts
aish tibe tringat masa kecik , ada gerai jual jagung bakar dkt dgn skolah. Selalu singgah dulu b4 balik rumah. Sedapnya. Renyah la nk buat berbanding meggie cuma rebus 5 menit ja.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2026 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Maggi rendam air paip ke tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2026 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
baru² ni tengok mak bawak anak beli air bobba.. nampak mak mcm lebih².. anak mcm biasa je minum..haha...apa² pun harap sihat² la
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2026 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Momofuku Ando pencipta megi sangat panjang umurnya 97 tahun, masih lagi ada ummah felda pprt kata bahaya makan megi
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2026 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 17-1-2026 09:28 PM
Tak berselera nye tengok maggi tu, kosong dan cair, mesti dah sejuk jugak. Berapa la harga 1 cup. Ta ...

30 sen kot..plg max mesti 50 sen..more than that rasa rega yahud
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2026 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
First megi dlm gambar ni bagi makan ayam pun x nak, ayam x selera nengok.  Secondly, kalau anak x biasa makan benda2 gini kat rumah, dia x herannya nak beli.  Samalah mcm air gas bagai.  So, ajarlah anak dr rumah supaya x makan benda2 megi camni, mesti dia tak terfikir nak beli.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2026 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman dulu2 makan makanan berkhasiat sbb keliling rumah byk nangka pisang rambutan durian belanda jambu ciku cempedak sukun keladi ubi betik x merasa makan jajan
Dah tua2 baru makan jajan  
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 08:34 AM | Show all posts
ada je segelintir mak bapak yg mmg tak bagi mkn mknn ringan. budak2 ni kalau dh mkn benda gitu, nt dah taknak mkn nasik. sek anak ada juga yg jual, tak lama tu nampak cikgu pegi tegur, lpstu tgk dah tak niaga.

Sekolah ni gabung 3 sekolah sk, sjkt, sjkc. compound sekolah mmg besar ada 3 pintu utama. tapi mmg takda orang menjaja dekat luar, baik melayu, india, cina. dkt kantin pun ada 3 makcik kantin melayu, india, cina. Yg lagi 2 ni ok je tgk takde jual jajan, makcik kantin melayu tgk ada jual konjac jelly. pengetua sk tak berapa tegas dgn makcik kantin dia. pengetua sjkt sjkc tegas sikit
  
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 09:11 AM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 17-1-2026 07:29 AM
Eleh anak2 korang tu takkan la korang sekali pon tak penah bagi makan megi??  Dorang kenal kat mana? ...

Ada orang dia bantai je bagi anak dia makan junk food ni. Tapi ada je yg strict sampai certain age tak bagi makan junk food. Takleh pukul rata, sebab penah ada relatives yg anak dia membesar dgn real food, tanpa junk food. Bila dah cukup akal tu, pandai2 la anak tu control.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2026 09:13 AM | Show all posts
Tuh mesti indon yg berniaga dpn sekolah..indon dpn klinik kesihatan pun dorg pacak berniaga apam balik..indon dh pandai tiru melayu jual apam balik..report je kt majlis perbandaran..ambil gambar  email dekat  dorg .
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 12:16 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 18-1-2026 09:14 AM
Momofuku Ando pencipta megi sangat panjang umurnya 97 tahun, masih lagi ada ummah felda pprt kata ba ...

dia cipta..belum tentu dia makan..hahah
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 12:46 PM | Show all posts
kucingitam replied at 20-1-2026 12:16 PM
dia cipta..belum tentu dia makan..hahah

ada terbaca. dia makan... boleh dikatakan tiap hari
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 01:03 PM | Show all posts
apa kata korang larang anak2 korang dari membeli...
ni ku dah kat rumah dia biasa hadap meggi tiber kat sekolah mak pak larang...
konpius budak tu....

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.613736 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list