CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56|Reply: 0

[Sarawak] KKM akan bantu keluarga jururawat ditemui meninggal bersama suaminya

[Copy link]
Post time 16-1-2026 09:16 AM | Show all posts |Read mode


Dr Dzulkefly berucap semasa Majlis Perasmian Klinik Kesihatan Serian dan Klinik Kesihatan Siburan hari ini. - Gambar Chimon Upon

SERIAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan dan sokongan psikologi kepada keluarga seorang jururawat yang ditemui meninggal dunia bersama suaminya di sebuah rumah di Sri Aman pada Rabu.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, KKM akan mengambil tindakan pada kadar segera ke atas keluarga mangsa.

"Pertama, saya mahu merakamkan ucapan takziah yang sangat mendalam buat keluarga ini, atas kematian ayah dan ibu. Sangat tragis, meninggalkan tiga orang anak.

"Kita telah berbincang (tadi) saya bersama Timbalan Menteri Kesihatan (Dato Hanifah Hajar Taib) dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Dr Veronica Lugah) untuk segera diambil beberapa tindakan.

"Kami akan mengumpul dana dan seperti selalunya saya akan memberi sumbangan kepada keluarga mangsa," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Klinik Kesihatan Serian dan Klinik Kesihatan Siburan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada KKM akan menghulurkan bantuan serta sokongan kepada keluarga mangsa.

"Pastinya sokongan psikologi akan diberikan, itu mustahak terutama kepada anak-anak pasangan ini.

"Anak-anak mengalami kejutan yang tragis, kesedihan dan suasana itu perlu ditangani segera melalui psychological first aid. Ada ada kumpulan profesional akan terus masuk untuk memberikan sokongan psikologi kepada anak-anak ini dan keluarga," katanya.

Situasi seperti itu perlu ditangani dengan baik dan cermat, tambahnya.

Semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman menerima makluman daripada orang awam pada jam lebih kurang 6.55 pagi mengenai penemuan sepasang suami isteri yang tidak sedarkan diri di rumah berkenaan.

Hasil pemeriksaan awal oleh polis dan pegawai perubatan dari Hospital Sri Aman mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala motif serta punca kejadian masih dalam siasatan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes ASP Kalang di talian 019-331 7785, Pusat Kawalan Daerah IPD Sri Aman atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.436101 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list