CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 1710|Reply: 30

“Gandingan Aliff Aziz & Uqasha Senrose Ketentuan Takdir” – David Teo

[Copy link]
Post time 15-1-2026 09:19 AM | Show all posts |Read mode




Penerbit Datuk David Teo berkata gandingan Aliff Aziz dan Uqasha Senrose dalam drama terbaru berjudul Madu Atau Racun untuk mengejar rating tetapi ianya berlaku atas ketentuan takdir.

Memetik BH Online, David berkata pemilihan kedua pelakon itu tidak dirancang kerana beberapa calon asal telah pun menarik diri.

“Sebenarnya, kami sudah mencari beberapa pelakon gred A, namun ada yang tiada masa, ada yang menarik diri pada saat akhir, selain meminta bayaran terlalu tinggi.

“Kemudian, tawaran dibuat kepada Uqasha dan dia bersetuju. Kami anggap ini sebagai ketentuan atau ‘jodoh’ untuk bekerjasama,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kecaman netizen serta ada yang mahu memboikot drama berkenaan, David berkata setiap manusia tak terlepas melakukan kesilapan.

“Mengapa perlu terus mengutuk dan mahu memboikot? Kenapa tidak cermin kesilapan diri sendiri terlebih dahulu sebelum menghukum orang lain?

“Jika ibu bapa atau pasangan kita sendiri tidak memaafkan kesilapan kita, bagaimana perasaan kita? Jadi mengapa kita tidak boleh memaafkan dan memberi peluang kedua kepada mereka?” katanya.

Dalam pada itu, David berkata kita perlu memberi ruang serta peluang dan tindakan segelintir individu mahu memboikot seolah mereka tidak pernah melakukan kesilapan.

“Semua orang melakukan kesilapan, tetapi mengapa kita tidak memberi ruang untuk memaafkan? Mengugut mahu memboikot seolah-olah kita sendiri tidak pernah melakukan kesilapan.

“Jangan terlalu merasakan diri sentiasa betul kerana tidak mustahil apa yang menimpa selebriti itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja,” katanya.

Sumber: BH Online,Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2026 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmm sepadan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 09:25 AM | Show all posts
Ape kesilapan mereka pada netijen? Oh lupa ...aliff aziz banyak dosa dgn fans si kemek.  Dan uqasa banyak dosa dgn keledek Kamal.  



Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 09:25 AM | Show all posts

sepadan tp herlok AA ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
kisahkeaku replied at 15-1-2026 09:25 AM
sepadan tp herlok AA ni


Tp dia jaman berchenta dgn anne dulu gigi wabbit kan

Dah jd laki org baru dia bertambah ensem..tp perangai choyyyy..helok lg kembor dia laki jahirah tu
(Takyah nk compare dgn ex dia yach..sama je dua kali lima perangai..jgn nk tibeh socikan dia pulekk)
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 09:49 AM | Show all posts
Walaupun reputasi sedikit tercemar, tp boleh try kot tgk drama dorg ni drpd tgk bbnu berlakon hauk T_T
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2026 09:51 AM | Show all posts
ok sepadan. tak sabar nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak tergelak sbb part sblm ni dah offer kat pelakon2 gred A tapi semua sibuk dan bayaran tinggi.
So depa dua ni gred apakah?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2026 10:36 AM | Show all posts
pocongkiutss replied at 15-1-2026 09:28 AM
Tp dia jaman berchenta dgn anne dulu gigi wabbit kan

Dah jd laki org baru dia bertambah ensem..tp ...

yesszaa... jgn compare perangai sebab sama je dia dgn ex dia kan...
cumanya dedua ni pandai laa berlakon tak kayu. dari tgk cite pelakon bbnu skrg i tak kenal lepastu berlakon ermmmmm

tp masa gigi wabbit pun i nmpk dia ensem yuh!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 10:49 AM | Show all posts
wowww encem kan aliff aziz
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Semntara ex alif aziz termenanti2 agarr di pinangggg tapi tak kunjung kunjung kunjung tibaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 15-1-2026 10:33 AM
Aku nak tergelak sbb part sblm ni dah offer kat pelakon2 gred A tapi semua sibuk dan bayaran tinggi. ...

Meols pun terpikir gini jugak indirectly depa berdua nie bukan gred A ke?

Siap2 kuaci tunggu fans dua2 nie komen pulak
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
anggeriklatifah replied at 15-1-2026 11:00 AM
Semntara ex alif aziz termenanti2 agarr di pinangggg tapi tak kunjung kunjung kunjung tibaaa{: ...



Dah pergi mengail, tapi Ikan rasa2 cam  nak makan ke tidak umpan nie  tunggu bulan posa, ada tak peraga baju sedondon pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jumpa pelakon gred A tapi menolak? Jadi Uqasssssa ni gred B lah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
elok la biar  berjodoh 2 ekor weng ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm best gandingan ni. Kita tunggu nanti best tak jalan cerita drama ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2026 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Berderet job si Uqa ni ek
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 15-1-2026 10:33 AM
Aku nak tergelak sbb part sblm ni dah offer kat pelakon2 gred A tapi semua sibuk dan bayaran tinggi. ...

Hahaha iols pun terfikir benda sama. Macam halus jer mengata Alip dgn Uqasa
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah akan cinlok? Kita nantikan je la ada tak drama luar drama
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga berjodohan.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59283 Replies : 35
travel to chicago
kukukud56travel to chicago
Views : 3536 Replies : 0
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25303 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 4143 Replies : 0
SATURO GOJO TRAVEL
saturo1gojoSATURO GOJO TRAVEL
Views : 4245 Replies : 0
best  airlines services
kukukud456ydDdbest airlines services
Views : 4344 Replies : 0
TRAVEL WITH GOJO
gojo2344TRAVEL WITH GOJO
Views : 4950 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.367815 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list