CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis rampas lebih 2kg dadah bernilai RM347,000, dua lelaki ditahan

[Copy link]
Post time 14-1-2026 06:17 PM | Show all posts |Read mode
Polis rampas lebih 2kg dadah bernilai RM347,000, dua lelaki ditahan

Zuhainy Zulkiffli[email protected]





GAMBAR hiasan




Georgetown: Polis berjaya membongkar kegiatan pengedaran dadah jenis methylenedeioxy methamphetamine (MDMA) bernilai RM347,000 menerusi serbuan yang dijalankan di sekitar Georgetown, di sini.

Susulan serbuan itu, dua lelaki warga tempatan berusia 47 dan 53 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, serbuan yang dijalankan pada jam 10 malam Isnin hingga 3.53 pagi semalam, membabitkan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Katanya, hasil serbuan itu berjaya merampas sebanyak 130 peket plastik pelbagai warna disyaki berisi serbuk dadah MDMA seberat 2.078 kilogram.

"Hasil risikan mendapati aktiviti pengedaran dadah itu bergiat aktif sejak Oktober tahun lalu bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan.

"Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 6,928 penagih dadah jika ia terlepas di pasaran," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut Abdul Rozak berkata, saringan awal mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Katanya, suspek pertama mempunyai satu rekod lampau berkaitan jenayah manakala suspek kedua mempunyai tujuh rekod lampau membabitkan dadah.

"Suspek direman selama tujuh hari sehingga 19 Januari bagi membantu siasatan.

"Tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan harta) 1988 dengan sitaan tiga kenderaan, sejumlah wang tunai dan sebentuk cincin," katanya lagi.

Menurut Abdul Rozak, keseluruhan nilai rampasan dadah dan sitaan berjumlah RM624,800.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.



Disiarkan pada: Januari 14, 2026 @ 5:16pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1310865/polis-rampas-lebih-2kg-dadah-bernilai-rm347000-dua-lelaki-ditahan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.051647 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list