CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1633|Reply: 27

[Tempatan] Imigresen gempur koloni haram PATI di lebuh raya tengah KL

[Copy link]
Post time 14-1-2026 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
[email protected]
Januari 14, 2026 @ 7:50am



OPERASI penempatan haram warga asing di Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dekat Jalan Klang Lama, di Kuala Lumpur. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Lengkap dengan fasiliti surau, bilik tidur selesa serta bekalan elektrik dan air dicuri. Itu kemewahan dinikmati sebuah koloni haram pendatang asing tanpa izin (PATI) yang 'bersembunyi' di sebalik laluan utama Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dekat Jalan Klang Lama, di sini.

Malah, penempatan itu dianggap 'kebal' oleh penghuninya kerana mendakwa tidak pernah diserbu pihak berkuasa sejak sekian lama sebelum ia digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur pada 3 pagi tadi.

Lebih mengejutkan, koloni itu turut mempunyai sistem 'tuan rumah' sendiri yang mengutip sewa bulanan daripada penghuni lain.

Seorang penghuni dikenali sebagai Herman, 30-an, mengaku selesa menetap di situ bersama isteri dan anak sejak setahun lalu.



"Saya bayar sewa bilik RM350 sebulan. Duit itu saya bayar pada 'tuan rumah' di sebelah ini, dia pun orang Indonesia juga.

"Sepanjang duduk di sini, memang belum pernah kena serbu," katanya ketika ditemui.

Tinjauan mendapati penempatan haram itu mempunyai struktur binaan yang tersusun dengan setiap bahagian menempatkan sekurang-kurangnya lima bilik, dapur, tandas dan ruang tamu yang disambung dengan laluan sempit.

Bagaimanapun, 'kekebalan' koloni itu musnah apabila diserbu pasukan penguat kuasa bermula 2.30 pagi hasil risikan selama seminggu.


Suasana bertukar kecoh apabila penghuni bertempiaran sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Ada yang bertindak agresif memanjat bumbung, malah ada yang cuba menyorok di dalam ruang sempit di belakang pintu dan tandas, serta mengunci diri di dalam bilik bagi mengelak ditahan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, 71 individu ditahan dalam operasi itu membabitkan 37 lelaki dan 34 wanita.

Menurutnya, semakan mendapati majoriti yang ditahan adalah warga Indonesia iaitu seramai 66 orang, diikuti Myanmar (tiga), serta masing-masing seorang warga India dan Pakistan.

"Siasatan mendapati mereka melakukan kesalahan tinggal lebih masa serta tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2026 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
indon,indon,indon...ingatkan dah ke jepang,korea,arab saudi..atau kerja dgn kokori.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 01:39 PM | Show all posts
tgh KL kot...baru kena serbu?? esok2 bina semula rumah kongsi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 01:47 PM | Show all posts
Bila nak tangkap pemakan rasuah lindung warga asing, angkut masuk warga asing? Takkan diorang gerak sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
senang je kan nk bina penempatan "haram" kt malaysia ni? tak perlu nk risau2 kena serbu.. kalau nasib baik aman2 berpuluh thn tinggal siap ada fasiliti bagai.. nasib x baik je kena serbu.. tu pun ntah byk tpt lain lg dah diteroka.. cuma nampak x nampak je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2026 02:40 PM | Show all posts
Dulu-dulu masa kerja area BB.
Balik keje petang nampak budak-budak/kadang dewasa main bola bawah flyover-kawasan berumput yang sekangkang kera
seriau sebab sebelah tu main road yg busy
mostly myanmar-nepal-bangla
agaknya yang duduk area jalan pudu atau belakang times square kot.

kadang kalau masa tengah lunch break, iols jalan kaki area situ, memang ramai puak ni
tapi tak pernah la kena kacau
maybe iols ni bertudung+muka awam+pakai pon baggy
kihkih
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 04:26 PM | Show all posts
Mohon abam-abam Imi kat epot tolong saring habis-habisan 'pelancong' Konoha neh.
Dan udah tiba masanya buat macam kat Bali nun, sapa-sapa dari Konoha mau mai Msia, sila tunjuk akaun bank 3 bulan knowing depa ni kalau masuk takkan keluar punya.

Benda bukan isu baru pun. Selagi tak buat, selagi itulah bakalan membazir wang tenaga dan masa agensi lain, satu keje la pulak nak pi kutip sekor-sekor serata Msia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2026 04:55 PM | Show all posts
Kalau dah angkut lepas tu tangkap kan, then hantar balik indon, betul tak? Tapi lepas pulak eh datang sini? Bukan tak boleh datang balik ke.. Tangkap hantar balik pun 1k org,yg datang sini 100k orang dia sekali masuk
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 04:57 PM | Show all posts
mejaputih replied at 14-1-2026 05:39 AM
tgh KL kot...baru kena serbu?? esok2 bina semula rumah kongsi.

Mai puchong sini meh, berlambak dekat sungai klang ni.. Dah jadi perkampungan dorang pun ada

Tapi tetap lah nampak anak melayu ke anak indon, walau anak indon ada ic.. Boleh tahu beza hihi
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 06:23 PM | Show all posts
dewi_rina replied at 14-1-2026 04:57 PM
Mai puchong sini meh, berlambak dekat sungai klang ni.. Dah jadi perkampungan dorang pun ada

Tapi ...

aah puchong, balakong tu sarang dorg...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 14-1-2026 04:57 PM
Mai puchong sini meh, berlambak dekat sungai klang ni.. Dah jadi perkampungan dorang pun ada

Tapi ...

Yezza...
Belakang bukit ouchong habis dah immi.gempur
Benda ni kena rush beberapa kali baru bersih..
Kalau sekali dua, indon2 neh buat lagi perkampungan..siap niaga.lagi...
Elektrik dapat supply dari rumah2 yang berdekatan...bayo je kat tuan rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 09:45 AM | Show all posts
shernazz replied at 14-1-2026 11:45 PM
Yezza...
Belakang bukit ouchong habis dah immi.gempur
Benda ni kena rush beberapa kali baru bersi ...

Ye betul tu, banyak betul kedai ayam penyet kat sini.. Salah satu, warung bukmus kihkih
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 12:16 PM | Show all posts
i ingat dulu2 ada depoh imigresen kat sg besi tu. zaman dulu kalau nak gi bangi ikut jln sg besi tu, boleh nampak pendatang2 ni melepak2 kat anjung bangunan tpt tinggal drg. skrg tak tau kat mana pusat tahanan mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 14-1-2026 04:55 PM
Kalau dah angkut lepas tu tangkap kan, then hantar balik indon, betul tak? Tapi lepas pulak eh datan ...

Modus operandi geng2 ni mula2 masuk mmg secara halal. Lepas tu kerja & overstay. Lepas kena tangkap ni, biasanya akan dihantar pulang. Nama pun kena blacklist. So klu nak masuk balik, mmg kena guna laluan haram la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 01:30 PM | Show all posts
Apoo replied at 15-1-2026 04:34 AM
Modus operandi geng2 ni mula2 masuk mmg secara halal. Lepas tu kerja & overstay. Lepas kena tangka ...

Dorang tak kisah pun guna laluan haram, tindakan hantar balik je
Nnti dorang datang balik, kalau singapura mmg blacklist betul2, masuk secara haram lg teruk kena
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2026 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
dia pikir negara ni ada cipali km21?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh lama kan penempatan haram tu.
Asal lalu npe mesti boleh nampak.
Kenapa baru sekarang baru bertindak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 10:34 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-1-2026 06:38 AM

Pendatang haram sehingga beranak pinak, Mungkin juga sudah ada yang bercucu cicit.
Gomen Malaysia kata pendatang haram tidak seharusnya di hukum terlalu berat kerana dia tau pendatang haram adalah orang susah yang sanggup mengadaikan nyawa mereka naik boat membelah ombak dan badai untuk ke Malaysia.

Statement seperti menggalakan pendatang haram masuk ke Malaysia. Apa punya menteri.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 04:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kebal sebab apa, kebal sebab bayar rasuah pada Imigresen kah?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.057001 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list