CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 5374|Reply: 115

[Tempatan] Senang madu kawan sendiri

[Copy link]
Post time 14-1-2026 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Kemaman: "Bila tahu suami ada hati dengan kawan saya dan nak berkahwin dengannya, memang saya sedih. "Tapi bila difikirkan semula dan suami pun berterus terang niatnya nak halalkan hubungan, saya terima kerana yang penting mereka tak ada hubungan di belakang saya," kata Shuhadah Jaafar yang ditakdirkan bermadu dengan rakannya, Nor Azura Mohd Azmin selepas hampir tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga dengan suami tercinta, Muhammad Azizi Zakaria

Menurut Shuhadah, dia dan Nor Azura berkenalan selepas membuat tempahan baju di butik dan pernah keluar bersama dan bertemu di beberapa acara namun tidak kerap.

"Jadi terkejut selepas suami luahkan hasrat berkahwin dengan wanita yang saya anggap kawan.

"Lagipun, isteri mana yang nak dimadukan, malah saya sendiri ambil masa berfikir serta pertimbangkan perkara itu.
"Tapi akhirnya terima kerana suami beritahu hasratnya untuk berkahwin pagi bukan kerana nafsu, tapi kebaikan memandangkan diamengurus perniagaan bersama isteri keduanya.


"Saya pun kasihan dengan madu kerana dia pun ada kisah sedih yang berlaku dalam hidupnya sebelum ini," katanya.

Menurut Shuhadah, dia setuju dan mengizinkan suaminya berkahwin lagi kerana melihat keputusan itu yang tepat untuk kebaikan bersama.

"Suami dan madu sudah suka sama suka jadi saya bagi keizinan kerana berkaitan soal hati ini susah.

"Takut jika tak izinkan, jadi perkara yang bukan-bukan pula di kemudian hari nanti.

"Saya ada kongsi di media sosial juga mengenai perkahwinan mereka kerana tak nak timbul fitnah dan niat nak bagi contoh kepada suami di luar sana yang berniat berpoligami berterus terang dengan isteri pertama. Jangan ambil mudah dengan kahwin senyap-senyap atau di seberang," katanya.

Shuhadah berharap, hubungannya dan suami sampai ke syurga walaupun menempuh rintangan dalam perkahwinan.

"Harap saya dan madu pun dapat bertolak ansur serta memastikan suami kami berlaku adil. Saya harap juga orang tak memandang isteri kedua 'penyondol' dan perampas kerana setakat ini, dia layan saya juga anak dengan baik.

"Lebih senang bila madu saya kawan sendiri kerana mudah cipta keserasian dan sekarang, hubungan kami kian rapat," katanya.

Sementara itu, Muhammad Azizi berkata, sejak awal lagi dia tahu kedua isterinya berkawan namun tiada niat merosakkan persahabatan jauh sekali menyakitkan hati mereka dengan berpoligami.

Menurut Muhammad Azizi, perasaan terhadap isteri kedua datang tanpa diduga dan bagi mengelak perkara tidak baik terjadi, dia ambil keputusan berkahwin bagi menghalalkan hubungan.

Sebagai suami, Muhammad Azizi bukan hanya terharu dengan kesudian isteri pertama, malah kesungguhan wanita itu dalam memohon kepada hakim untuk meluluskan permohonan berkahwin lagi.

"Perasaan itu bukan sesuatu saya rancang atau cari namun ia hadir tanpa diduga. Bila perasaan itu timbul, banyak kali rasa bersalah, malah cuba lawan dan jauhkan diri (dengan isteri kedua).

"Tapi hati sudah terikat jadi ambil keputusan berterus terang dengan isteri pertama, minta izin dan ikut saluran yang betul. Saya pilih untuk buat semua ini dengan adab, restu dan bukan secara sembunyi," katanya.

Muhammad Azizi berkata, isteri pertamanya sangat bertolak ansur malah membenarkannya berkahwin dengan yang kedua (isteri) di rumah didiami mereka.

"Isteri pertama kata tak perlu buat di masjid atau surau dan sebagai suami, saya bersyukur kerana Allah SWT permudahkan urusan.

"Terharu bila mengenangkan pengorbanannya (isteri) malah hakim di mahkamah pun beritahu saya patut beri penghargaan paling besar buat isteri. Sebak juga selepas akad nikah dengan isteri kedua kerana memikirkan tanggungjawab saya untuk berlaku adil dengan kedua-dua isteri," katanya.

Kata Muhammad Azizi, perkahwinan dengan isteri kedua itu bukan kerana nafsu namun keinginannya membimbing dan memberi perlindungan kepada wanita berkenaan.

"Ada juga sarankan saya kahwin di Golok, Thailand tapi bagi saya kunci dalam perkahwinan adalah kejujuran dan komunikasi.

"Apa pun, saya cuba yang terbaik untuk berlaku adil dan buat lelaki di luar sana, jangan sorok jika nak berkahwin lagi kerana ia hanya akan memudaratkan hubungan dengan pasangan," katanya.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2026 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
ni la dia...MADU ASLI tuan2,puan2...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah sendiri sanggup kan, sayang laki punya pasal, so ikut suka dia lah
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 12:51 PM | Show all posts
TAHNIAH SEMOGA BERKEKALAN HINGGA HUJUNG NYAWA.

teringat pula kisah di kampung aku.
ada makcik ni lakinya nak kahwin lain dgn org yg dia kenal juga.
kami orang kampung pun kenal la perempuan tu.
so bini pertama ni pegi la meminang perempuan tadi utk lakinya.
maka kawin lah mereka dan makcik ni hidup bermadu.

dalam manisnya madu terselit juga pahit hempedu.
madu manis padamu pahitnya sungguh bagi diriku.
macam lagu acik nowa lah jadinya.

mula2 ok lah kan..lama2 dah mula ada tak puas hati itu ini.
agak hot jugalah kisah ni kat kampung aku masa tu.
siap bini pertama pi rumah bini kedua sound2.
skrg taktaulah apa jadi.
bini kedua tu masih ada atau dah cerai tak dgr cerita pula.
kunci utk poligami ni pada aku mmg ''ADIL''. tak kisah dari segi apa pun.
kalau itu gagal memang gagal total.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
tak lengkap..Latifah,Hasnah...Rohani???
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
mcmn yer 2 pmpn blh share2 penis yg sama pastu sengih2 jer bgambo bersama... tak rs geli ke.. hmmmmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2026 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Besar pengorbanan first wife tu,harap laki ngan madunya tu hargailah layan dia baik2 n jangan sakitkan lagi hati dia,nk komen lebih2 pon dh ko sndri gak yg rela bermadu siap mohon pada hakim bagai...all the best aq ucapkan
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 02:23 PM | Show all posts
lebih kurang aje rupa bini2 nya..agaknya masa terpikat kat 2nd wife mcm spark bunga2 cinta waktu jumpa 1st wife tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2026 02:36 PM | Show all posts
lawa lawa bini-bini dia...mak aii untung
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 03:16 PM | Show all posts
betul la, muka ada iras first dengan 2nd wife
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya
Tak boleh bayang tetiba husband kata  ada perasaan sayang kpd perempuan lain Dan nak kawin lagi

All this while dalam hati husband 100% cuma sayang isterinya sahaja now percentage tu terbahagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 03:39 PM | Show all posts
harap ikhlas sampai bila2 utk isteri pertama ya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 03:48 PM | Show all posts
satu cara ja yang aku percaya real consent, kalau laki ada dua bini, bini pun boleh ada dua laki like open relationship tu.

selain dari tu bohong sahaja lah.


Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap sampai akhir hayat le amannya
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru kahwin 7 tahun, isteri pun masih muda dan cantik.

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2026 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka pon macam nak seiras
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda lagi. Dengan kawan sendiri pulak tu. Dah tuan badan rela.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada aunty ni dlm fb citer laki dia angau2. Dia tnya dah ada gf ke? Laki mengaku. Sebelum serai laki pujuk2 lah utk poligami. Aunty ni ckp kalau lelaki ada rasa nak ada org baru, perempuan pon ada perasaan mcm tu jugak. Lepas tu dorg serai cara baik la xde gado2.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Miss_Ceri at 14-1-2026 10:23 PM

Berkahwin bukan kerana nafsu hahahaha. Bijak laki dia bodohkan isteri ek.

Looks like the 1st wife redha dlm terpaksa, no choice. Me, jika laki deserve utk jatuh cinta pada perempuan lain walau dh ada isteri, i think isteri pun sama, manusia yg ada hati dan perasaan, deserve to love and be loved, other than her current husband.

Well to be safe, isteri kena ada income sendiri la please, at least bila laki suka² hati jatuh cinta dgn perempuan lain, you have a choice either to stay or to go. Find another man.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.425575 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list