CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35|Reply: 0

[Sarawak] Seru rakyat kekal bersatu sokong kepimpinan Abang Johari

[Copy link]
Post time 14-1-2026 08:50 AM | Show all posts |Read mode


Uggah menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat YAB Premier Sarawak Kesembilan di BCCK hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyeru semua rakyat  kekal bersatu berpegang kepada semangat 'segulai sejalai', memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai Premier Sarawak.

Beliau berkata di bawah kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dipimpin Abang Johari, banyak pelan pembangunan berpusatkan rakyat telah dan bakal dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Kerajaan katanya, sedang mempersiapkan Sarawak untuk meneruskan transformasi ekonomi dengan lebih giat, mengharungi landskap strategik luaran global yang semakin berubah, pada masa sama memperkukuh komponen sosial di peringkat dalam negeri.

"Tidak ada halangan yang tidak boleh kita atasi apabila kita bekerjasama dalam semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban'.

"Untuk perancangan kita berjaya, untuk impian dan harapan kita menjadi kenyataan, kita mesti bersatu. Bersama-sama kita memakmur dan melindungi wilayah Sarawak yang tercinta ini. Jaga Sarawak Intu Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat YAB Premier Sarawak Kesembilan sempena ulang tahun kesembilan Abang Johari memimpin Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata di bawah kepimpinan Abang Johari Sarawak telah melakar banyak kejayaan dalam ekonomi dan sosial sehingga mendapat pengiktirafan dunia.

Sarawak katanya telah berubah sekarang berbanding pada 2017, menjadi negeri yang kukuh, makmur dan bersatu.

"Segala perubahan dan pencapaian positif ini telah dicapai dalam masa yang begitu singkat. Kemajuan dan pembangunan yang dikecapi bukan sekadar di atas kertas, retorik atau slogan semata-mata, sebaliknya ia merupakan perubahan nyata dan boleh dilihat serta dirasai oleh rakyat.

"Justeru, pada pagi ini kita mempunyai banyak perkara untuk diraikan. Semua ini hasil daripada kepimpinan Premier yang bijaksana," ujarnya.

Menurutnya Sarawak secara meluas dianggap sebagai wilayah yang bersatu dan harmoni di Malaysia - merupakan contoh utama perpaduan nasional serta menjadi model teladan untuk Malaysia.

Pada tahun 2024 katanya, Sarawak mencatatkan hasil pendapatan tertinggi, RM14.2 bilion berbanding RM6.5 bilion pada 2017 selain beberapa pencapaian membanggakan antaranya pemilikan ke atas Affin Bank, begitu juga Lembaga Pelabuhan Bintulu dan terbaharu penubuhan syarikat penerbangan sendiri iaitu Air Borneo.

Sarawak kini diiktiraf sebagai kusa ekonomi Malaysia serta hab tenaga (bateri) ASEAN, tambahnya.

"Kita juga telah menyaksikan pembangunan infrastruktur berskala besar dengan lebih RM2.1 bilion diperuntukkan bagi infrastruktur, melibatkan lebih 1,500 projek yang telah siap atau sedang dilaksanakan.

"Ini merangkumi ART (Autonomous Rapid Transit), jalan raya, bekalan air, elektrik dan kemudahan asas termasuk pembinaan 20 jambatan bernilai RM6.7 bilion, daripada jumlah tersebut lapan (jambatan) telah berjaya disiapkan pada tahun 2025 manakala sembilan lagi berada di landasan tepat untuk disiapkan pada tahun ini," katanya sambil menambah, semua projek itu dibiayai oleh GPS.

Uggah berkata semua itu merupakan pencapaian luar biasa yang membawa perubahan positif serta memberi kesan jangka panjang dari segi pembangunan serta  pertumbuhan rakyat Sarawak.

"Sejarah akan memuji YAB Abang Jo (Johari) bukan hanya sebagai seorang pemimpin pada zamannya tetapi seorang negarawan unggul yang telah mempersiapkan Sarawak untuk menghadapi era yang melangkaui zamanya sendiri," ujar Uggah.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.034696 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list