CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 67|Reply: 2

[Perlis] Kemarau: Pesawah gesa air empangan dilepaskan untuk pengairan sawah

[Copy link]
Post time 13-1-2026 09:00 PM | Show all posts |Read mode
Kemarau: Pesawah gesa air empangan dilepaskan untuk pengairan sawah

Oleh Aizat Sharif - Januari 13, 2026 @ 3:18pm




25 pesawah berkumpul menuntut agar pengairan air dapat disalurkan semula memandangkan petak sawah padi yang diusahakan kini kering. - Foto NSTP/AIZAT SHARIF



KANGAR: Kira-kira 200 pesawah bimbang dengan tuaian padi bagi musim ini susulan kekurangan bekalan air akibat kemarau yang mengancam tanaman padi seluas 380 hektar bawah kelolaan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Paya di kawasan sekitar Sempering, Jejawi dan Repoh, di sini.

Pesawah mendakwa kekurangan bekalan air itu berpunca daripada paras air sawah yang kering berikutan kemarau sejak lebih sebulan lalu.

Seorang pesawah, Ahmad Nasharuddin Yob, 59, dari Kampung Jejawi Dalam, berkata, tanaman padi di kawasan itu memerlukan bekalan air mencukupi bagi memastikan hasil dapat dikeluarkan namun melihatkan keadaan semasa dengan petak sawah mulai kering, ia amat merisaukan petani di kawasan berkenaan.

"Kami dimaklumkan Empangan Timah Tasoh masih mempunyai bekalan air mencukupi namun yang menghairankan air tidak pula dilepaskan untuk kegunaan pesawah di kawasan ini.

"Ketika ini, kami hanya bergantung kepada air Sungai Santan atau Sungai Ngulang namun petani di kawasan terbabit juga tidak akan melepaskan air jika empangan tidak menyalurkan bekalan ke kawasan mereka.


"Kebanyakan pesawah sudah mengeluarkan modal yang besar bagi mengusahakan tanaman termasuk menyewa tanah, tapi jika air masih tidak dibekalkan sudah tentu tanaman terjejas da kami kerugian besar," katanya ditemui di kawasan penanaman padi di Jejawi, di sini hari ini.

Terdahulu, 25 pesawah padi di kawasan itu berkumpul dan menuntut agar pengairan air dapat disalurkan semula memandangkan petak sawah padi yang diusahakan kini kering.

Ahmad Nashruddin berkata, situasi sama pernah berlaku pada 2019, namun ketika itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Allahyarham Datuk Salahuddin Ayub mengambil tindakan pantas dengan mengarahkan pelepasan air empangan bagi menyelamatkan tanaman pesawah.

"Kami berharap pihak berwajib dapat membantu menyelesaikan isu ini dan menyalurkan segera bekalan air supaya tanaman tidak musnah," katanya.



Seorang lagi pesawah, Shamsuri Saad, 53, berkata, keadaan yang berlaku wajar diberi perhatian segera memandangkan tanaman padi di kawasan itu baru sahaja terjejas akibat bencana banjir besar akhir tahun lalu.

Kini, katanya pesawah baru bermula tapi petak sawah kering kerana tiada bekalan air mencukupi dan lebih parah kini berhadapan musim kering.

"Aduan berhubung masalah bekalan air itu sudah beberapa kali disalurkan kepada wakil rakyat dan agensi berkaitan bagi membolehkan tindakan susulan diambil.

"Perparitan di kawasan ini sudah baik, cuma masalahnya tiada air masuk ke sawah, terutama ketika musim kemarau.

"Ketika banjir besar, air empangan dilepaskan hingga tanaman musnah tetapi apabila kami memerlukan air sekarang, empangan pula tidak dilepaskan.

Kami harap isu ini diberi perhatian serius," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2026/01/1496193/kemarau-pesawah-gesa-air-empangan-dilepaskan-untuk-pengairan-sawah





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2026 09:01 PM | Show all posts
Ahmad Nasharuddin minta pihak berwajib selesaikan isu sawah kering akibat kemarau. Foto NSTP/ AIZAT SHARIF
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2026 09:02 PM | Show all posts
Pesawah, Shamsuri Saad gesa bekalan air disalurkan ke sawah susulan musim kemarau. - Foto NSTP/ AIZAT SHARIF
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.041021 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list