|
|
Pelakon Kamal Adli berkata dia mempunyai satu permintaan untuk lebih banyak peluang bertemu serta meluangkan masa bersama anak perempuannya, Hawra Uqaira selepas sah bercerai semalam.
Memetik mStar Online, Kamal berkata dalam tempoh tiga bulan ini dia hanya sempat bertemu Hawra sebanyak lima kali sahaja.
“Sebelum ini memang agak susah untuk jumpa dia. Sebenarnya dah lama saya tak luangkan masa dengan Hawra. Dalam tiga bulan kebelakangan ini saya hanya sempat jumpa lima kali sahaja.
“Jadi saya harap selepas ini semuanya dipermudahkan untuk jumpa dan meluangkan masa dengan anak,” katanya.
Sementara itu, Kamal berkata dia tidak pasti bagaimana hubungannya dengan Uqasha selepas ini namun berharap ianya tidak menjadi halangan untuk dia bertemu Hawra.
“Saya tak tahu (boleh jadi sahabat atau tidak). Saya nak salam dia pun tak dapat tadi. Dia macam terus pecah (haluan) macam itu saja. Saya tunggu juga kat situ tapi tak apalah.
“Cuma itulah saya cakap, jangan susahkan saya untuk nak jumpa dengan Hawra sebab saya ada dia saja sekarang,” katanya.
Sumber: mStar Online, Rotikaya |
|