CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1202|Reply: 16

‘Tiga bulan ini, hanya sempat jumpa Hawra lima kali’ - Kamal Adli

[Copy link]
Post time 13-1-2026 10:11 AM | Show all posts |Read mode





Bercerai tidak semestinya bermusuh, pelakon Kamal Adli berharap agar urusan untuk bertemu dan meluangkan masa bersama anak perempuannya, Hawra Uqaira, menjadi lebih mudah selepas sah bercerai dengan bekas isteri, Uqasha Senrose.

Ujar Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, sebelum ini berdepan kekangan untuk bertemu cahaya matanya sehingga masa bersama puteri tunggalnya sangat terhad.

“Saya harap selepas ini lebih senang untuk saya jumpa Hawra. Sebelum ini memang agak susah dan sudah lama juga saya tak luangkan masa dengannya.

“Dalam tempoh tiga bulan kebelakangan, saya rasa hanya sempat jumpa Hawra sekitar lima kali sahaja.

“Jadi saya benar-benar harap semuanya dipermudahkan supaya saya dapat meluangkan masa dengan anak,” katanya kepada Kosmo! Online.

Bintang drama Bahagia Yang Tertangguh itu turut merayu orang ramai supaya tidak meninggalkan komen negatif atau kecaman terhadap bekas isterinya susulan perceraian mereka.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dari awal. Cuma satu pesan, tolong jangan tulis komen buruk tentang Uqasha dan jangan kecam dia.

“Saya sudah cuba sedaya upaya mempertahankan rumah tangga. Kalau Allah tetapkan perjalanan ini sampai di sini, saya reda,” ujarnya sejurus selesai melafazkan talak satu terhadap Uqasha di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mengulas hubungan mereka selepas perceraian, Kamal mengakui tidak pasti sama ada masih boleh berbaik seperti sebelum ini, namun berharap perkara tersebut tidak menghalang hubungannya bersama Hawra.

“Saya tak tahu sama ada kami boleh jadi sahabat atau tidak. Nak salam pun tak sempat tadi. Keadaan berlaku begitu sahaja.

“Saya cuma harap satu, jangan susahkan saya untuk jumpa Hawra sebab sekarang cuma dia sahaja yang saya ada,” jelasnya.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 12.56 tengah hari tadi.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2026 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Just harap takde kilafizi 2.0. Yg itu sgt penat nak dibaca dan dicerca.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kira uqash ada hati perut lg...x mohon cerainya pd bzzday pak ank dia....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
cikus replied at 13-1-2026 03:06 PM
Kira uqash ada hati perut lg...x mohon cerainya pd bzzday pak ank dia....

Besday kemal lambert lg, bulan 4.. jenuh nk tggu.. sempat kena raye same dulu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 03:25 PM | Show all posts
Nampak sedih betul kemal.. xpela semoga bertemu jodoh yg lebih baik lagi ye kemal.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 03:37 PM | Show all posts
Bgtau media psl susah nak jumpa hawra. Lepas tu dlm masa yg sama bgtau netizen jgn kecam2 uqasha... ape ke benda si kamal ni cuba nak portray
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2026 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sukanyanyi replied at 13-1-2026 12:17 PM
Just harap takde kilafizi 2.0. Yg itu sgt penat nak dibaca dan dicerca.

Nmpknya bakal follplow kikilala juga ni
Ka akan disusahkan utk jumpa ank nmpk.gayanya
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga KamalAdli jumpa jodoh cepat. Wanita non-retis yg cantik, bijak dan kaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2026 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesiapa tak sc ke komen2 ukasah kat thread lepas sherai semalam? Iols takda thread
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 08:50 AM | Show all posts
moga kamal tabah.. insyaAllah.
nanti raya kat Pekan, kot jmp hakaq tegur naa!
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 13-1-2026 03:37 PM
Bgtau media psl susah nak jumpa hawra. Lepas tu dlm masa yg sama bgtau netizen jgn kecam2 uqasha...  ...

Hari yg jatuh talak tu i nmpk dia drama je konon berat hati nk cerai tu..
Deep diwn ko mmg x hamak dah dgn ex tu
Tp ko xleh senang2 lafaz talak. Cam patah amin
Nnt kne kecam netizen
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 14-1-2026 03:30 AM
Hari yg jatuh talak tu i nmpk dia drama je konon berat hati nk cerai tu..
Deep diwn ko mmg x hamak ...

Meols pun kdg nmpak heols berdrama jugak dan kdg ternampak juga apa yg uqasha maksudkan.

Try hard sgt nak netizen sokong dia. Tp tidak la meols sokong uqasha. Rase nye deyols ni masing2 tak ready nk kahwin dan ber anak.  
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 14-1-2026 11:30 AM
Hari yg jatuh talak tu i nmpk dia drama je konon berat hati nk cerai tu..
Deep diwn ko mmg x hamak ...

Bila masa patah amon kena kecam dgn netizen? Kalu kena kecam dgn majoriti netijen, idoknya dia jadi duta pak mat western yg spesis menunggang isu viral
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 10:15 PM | Show all posts
bole jah fight hak penjagaan anak kan? entah2 dpt full custody
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 14-1-2026 01:23 PM
Meols pun kdg nmpak heols berdrama jugak dan kdg ternampak juga apa yg uqasha maksudkan.

Try har ...

Iols pun rasa dia ni sebenarnya ada agenda untuk diri sendiri je. Baru ni dia cakap jangan selongkar balik kisah silam ungka sebab nanti anak theyolss baca malu. Padahal iols rasa sebab dia kan nak bekerja dengan capik kail untuk filem takluk. Lepas tu nak kerja dengan aji nabil jadi duta jakel. Lebih kepada diri dia tak nak rasa awkward dengan depa je. Bukan sebab anak atau nak jaga perasaan ungka pun.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
akuHavocczz replied at 15-1-2026 06:04 AM
Iols pun rasa dia ni sebenarnya ada agenda untuk diri sendiri je. Baru ni dia cakap jangan selongk ...

Apoo?
Nok. Ko ingat jantan ada fikir ke pasal nak awkward dengan orang luar yang takde kena mengena dengan kehidupan seharian dia.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2026 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
akuHavocczz replied at 14-1-2026 10:04 PM
Iols pun rasa dia ni sebenarnya ada agenda untuk diri sendiri je. Baru ni dia cakap jangan selongk ...

Suh netz spam pujuk uqa, mintak maaf dgn netz sbb terkasar bahasa masa kat court, suh netz jgn marah uqa, jgn selongkar kisah uqa..  macam netz org tgh kamal deli dgn uqa. Padahal ada lawyer, settle situ la psl anak etc.

Uqa pun sama la mcm tingtong je kat socmed. Meols mcm nmpak sheols nak jadi mcm fatiya. Kalo tak de sape nk dia setahun dua ni tak mustahil balik semula ngan kamal deli. Tu pun kalo kamal deli nk lagi lah kat dia, tk jumpa org baru
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kuku78644rakku
Views : 404 Replies : 0
akku
kuku78644rakku
Views : 1212 Replies : 0
akku
akku78875akku
Views : 2930 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 4243 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 5154 Replies : 0
Pesta Guan Gong: Jalur  Gemilang,bendera Thailand, Vietnam turut dikibarkan
AbahmungPesta Guan Gong: Jalur Gemilang,bendera
Views : 21555 Replies : 53
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44428 Replies : 29
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 45218 Replies : 51
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55662 Replies : 1082
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 11677 Replies : 216

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.151898 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list