CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 775|Reply: 6

[Tempatan] Prof. Emeritus Barjoyai Bardai: Gaji Minimum RM1700 Sebulan Tidak Cukup

[Copy link]
Post time 13-1-2026 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


DALAM beberapa tahun kebelakangan ini, isu kos sara hidup semakin menjadi topik utama perbincangan rakyat dan pembuat dasar di Malaysia.

Walaupun ekonomi negara menunjukkan tanda-tanda pemulihan dan kadar inflasi rasmi dilaporkan terkawal, realiti yang dihadapi isi rumah menceritakan kisah yang berbeza.

Harga barangan keperluan harian terus meningkat, sementara pendapatan rakyat pula tidak berkembang pada kadar yang sama.

Keadaan ini menimbulkan tekanan berpanjangan terhadap kuasa beli, khususnya di kawasan bandar dan dalam kalangan pekerja berpendapatan rendah serta sederhana.

Dalam konteks inilah muncul persepsi meluas bahawa rakyat kini terhimpit dari dua arah, kenaikan harga dan kelembapan pertumbuhan upah.

Namun, pemerhatian yang lebih mendalam menunjukkan masalah sebenar bukan terletak pada salah satu faktor secara terasing, tetapi pada jurang yang semakin melebar antara kos sara hidup yang meningkat dan upah sebenar yang gagal mengejar kenaikan tersebut.

Pakar Ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai berkata, gaji minimum RM1,700 sebulan tidak mencukupi di bandar utama, walaupun mungkin agak memadai di luar bandar dalam keadaan perbelanjaan sangat ketat.

“Kerangka Belanja Asas Hidup Munasabah (PAKW) menunjukkan individu bujang bandar memerlukan sekurang-kurangnya RM2,300 sebulan manakala sebuah keluarga memerlukan hampir RM5,000.

“Ini bermakna gaji minimum hanya mengelakkan kemiskinan tegar, tetapi tidak menjamin taraf hidup yang bermaruah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam menangani kos sara hidup, Barjoyai berkata, kerajaan kini beralih daripada kawalan harga kepada subsidi bersasar.

Katanya, kajian menunjukkan sebahagian besar subsidi pukal sebelum ini dinikmati golongan T20, bukannya B40 dan M40.

“Pelaksanaan subsidi diesel bersasar sahaja telah menjimatkan sekitar RM4 bilion setahun, membuktikan keberkesanan fiskal pendekatan ini.

“Kawalan harga pula dilihat hanya sesuai sebagai langkah sementara kerana berisiko memutarbelit pasaran dan membebankan fiskal negara,” katanya.

Beliau berkata, golongan M40 kini berada dalam situasi ‘missing middle’.

“Mereka tidak lagi layak menerima banyak bantuan, tetapi menanggung kos kehidupan yang meningkat setara dengan golongan lain. Komitmen hutang perumahan, kenderaan dan pendidikan menjadikan tekanan kewangan lebih serius,” katanya.

Barjoyai berpandangan Indeks Harga Pengguna (CPI) juga dilihat gagal menggambarkan corak perbelanjaan sebenar rakyat, khususnya golongan bandar dan berpendapatan rendah.

“CPI dianggap kurang realistik kerana tidak cukup berat kepada komponen kritikal seperti sewa bandar, makanan luar rumah, pendidikan dan insurans.

“Selain itu, CPI hanya mengukur perubahan harga dari tahun ke tahun, bukan kesan kumulatif kenaikan harga lampau.

“Walaupun inflasi semasa rendah, harga kekal tinggi,” katanya.

Sementara itu, Profesor Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Mohd. Rizal Palil berkata, kos sara hidup merangkumi makanan, sewa rumah, pengangkutan dan utiliti meningkat lebih pantas akibat inflasi global, gangguan rantaian bekalan serta kos input yang lebih tinggi.

“Walaupun kadar inflasi rasmi negara dilaporkan sederhana pada masa tertentu, kesannya tetap dirasai secara langsung dalam perbelanjaan harian rakyat,” katanya.

Mohd. Rizal berkata, pada masa yang sama, kenaikan upah pula berlaku secara perlahan dan tidak sekata.

“Banyak pekerjaan, khususnya dalam kategori berkemahiran rendah dan sederhana, tidak menikmati kenaikan gaji yang sepadan dengan peningkatan kos hidup.

“Keadaan ini mewujudkan tekanan berpanjangan terhadap kuasa beli isi rumah,” katanya.

Mohd.Rizal berkata, inflasi hanya mengambil kira beberapa komponen utama perbelanjaan isi rumah dan tidak sepenuhnya mencerminkan realiti kehidupan harian.

“Pemberat terbesar CPI tertumpu kepada makanan (sekitar 30 peratus), perumahan dan utiliti (24 peratus) serta pengangkutan (15 peratus).

“Namun, di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang, kos sebenar khususnya sewa rumah dan pengangkutan ke tempat kerja, meningkat jauh lebih pantas dan sukar dikurangkan, menjadikan tekanan kos sara hidup lebih berat berbanding apa yang digambarkan oleh angka purata nasional,” katanya.

Beliau berkata, golongan M40 pula semakin tertekan walaupun tidak tergolong dalam kumpulan miskin. Namun, ada pandangan bahawa pengelasan B40 dan M40 semakin kurang relevan dan berpotensi menghalang mobiliti sosial. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2026 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang la tak cukop..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 17-1-2026 03:40 PM
Memang la tak cukop..

Tah le. Kata Prof. Takkan x tau klu naik gaji minimum, harga barang pun akan naik jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 04:47 PM | Show all posts
baguslah profesor ni cakap perbezaan kos bandar dan luar bandar berlainan menyebabkan cpi itu tak berguna kerana tak menggambarkan keadaan sebenar, dan cpi sekarang hanya mengambil beberapa barang asas yang juga menyebabkan nilai itu tak berguna... memang perlu cpi berlainan yang lebih menyeluruh...kecuali ada yg kata tak dgn alasan yang lebih brilliant

1700 dluar bandar atau penduduk kampung ini dikatakan masih memadai dgn perbelanjaan yang sangat ketat.. ?

kenapa.. bukankah banyak barangan keperluan ini datang dari kilang2 pemprosesan dikawan yg dekat dengan bandar... sepatutnya harga barangan jadi lebih mahal dikampung sbb ianya barang yang sama plus kos penghantaran... jadi kenapa dikampung katanya sedikit cukup pulak berbanding dibandar? petrol tetap sama harga, klu menyewa bayar jg sewa ruma.. aku ingat dikampung murah kerana faktor boleh tak berbelanja spt dibandar... aku harap perkara ni ada pihak buat kajian untuk tau apa sebab sebenar?

kalau sebabnya harga makanan asas spt padi ayam ikan dan sayur, ianya biasanya ditanam, diternak atau dihasilakn disatu kawasan tertentu yang mana bila distribute akan melibatkan jarak juga... kos juga lebih mahal boleh dikampung atau boleh dibandar.. adakah kesanya ini sebab orang tengah atau sebab pemahaman kapitalis.

... manakala untuk penyelesaian, tindakan menaikkan gaji minimum sebenarnya tindakan tidak berguna........sebab peniaga akan naikkan harga, kesan kenaikan gaji akan diambil untung oleh peniaga malaysia dan pengguna akan memahami keadaan ini dgn bercakap gaji tak cukup..

sepatutnya barjoyai cakaplah apa yang patut dibuat.. diakan profesor...

jangan bagi cadangan kawalan harga tak boleh sebab sakitkan fiskal negara, dan barjoyai kena ingat duit negara itu memang patut dibelanjakan kepada rakyat supaya kehidupan rakyat lebih baik, memang kena spend jg duit tu ... jgn kata tak boleh tapi tak bagi cadangan..

aku rasa kita kena keluar dari teori ekonomi yang dibrainwash dalam kepala manusia moden spt teori harga bergantung kepd supply and demand... teori2 ekonomi yang ada sekrang hasilnya adalah realiti kita sekrang.... gaji naik harga naik, lepas tu ulang sebab itu dikatakan ekonomi akan naik ..

contohnya... boleh saja  ada teori yang kata harga ditetapkan walaupun ramai orang mau, bila habis habislah... bila tak cukup, itu tandanya populasi dah meningkat, tingkatkan produksi, ekonomi jg akan naik walaupun lebih perlahan tetapi kesusahan akibat kenaikan harga barang itu berkurang, jika ada pun orang itu  jenis kemampuan kewangan cuma motorsikal tetapi nak pakai prado..

5000 patah perkataan..

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 17-1-2026 04:47 PM
baguslah profesor ni cakap perbezaan kos bandar dan luar bandar berlainan menyebabkan cpi itu tak be ...

Sepatutnya dia kena tgk kemana duit gaji tu dihabiskan. Klu tgk, Kebanyakkan duit gaji di bandar ni habis kat bayar hutang atau sewa rumah. Nak rumah murah, kena duduk jauh. So isu ini yg patut dia highlight.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2026 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 17-1-2026 03:54 PM
Tah le. Kata Prof. Takkan x tau klu naik gaji minimum, harga barang pun akan naik jugak.

cashier speed mart pun tau kalu keluar state ment mcm tu...takyah ada prof pn..
patutnya prof yg lebih pandai bagi solusi, kaedah dan jalan penyelesaian yg baru...
buat 2 keje parttme tu idea org marhain ye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2026 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.540568 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list