|
View: 2303|Reply: 32
|
[Tempatan]
Selamat Bersara Tan Sri!
[Copy link]
|
|
|
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan menerima surat makluman daripada peguam bekas Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan yang menyatakan hasrat beliau untuk bersara awal daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara tersebut membolehkan proses mencari pengganti bagi jawatan Panglima Angkatan Tentera dimulakan.
Katanya, Majlis Angkatan Tentera (MAT) sebelum ini telah memutuskan Hafizuddeain sebagai calon Panglima Angkatan Tentera, namun, pelantikan yang sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Januari itu terpaksa ditangguhkan susulan kes yang sedang dihadapinya.
“Dengan persaraan awal tersebut, jawatan Panglima Angkatan Tentera kini kosong dan buat sementara waktu dipangku Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain
“Proses pencarian calon Panglima Angkatan Tentera baharu akan dilaksanakan melalui MAT sebelum dikemukakan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan.
“Proses ini mengambil masa kerana ia melibatkan prosedur rasmi. Sekiranya cadangan tidak diperkenankan, MAT akan mengemukakan pencalonan baharu sehingga mendapat perkenan,” katanya kepada pemberita hari ini.
Pelantikan Muhammad Hafizuddeain sebagai Panglima Angkatan Tentera sebelum diputuskan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 yang berlangsung pada 19 November lalu dan diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Disember.
Turut diputuskan melalui mesyuarat sama ialah pelantikan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman, sebagai Panglima Tentera Darat ke-31 berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Bagaimanapun pelaksanaan keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 mengenai pelantikan Muhammad Hafizuddeain sebagai Panglima Angkatan Tentera ditangguhkan.
Beliau diarahkan bercuti bagi membolehkan proses siasatan pihak berkuasa dijalankan terhadap dakwaan yang dilaporkan melibatkan beliau.
Hafizuddeain bersama dua isteri kemudiannya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait projek perolehan tender Tentera Darat.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, permohonan persaraan awal Muhammad Hafizuddeain turut bertujuan memberi laluan kepada pengisian segera jawatan Panglima Angkatan Tentera demi pentadbiran Dan kepimpinan tertinggi ATM.-UTUSAN |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 12-1-2026 10:20 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Soalan cepu emas. Masih nak stay dengan bini mudakah?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
silance replied at 13-1-2026 12:17 AM
....menyatakan hasrat beliau untuk bersara awal daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kua ...
Selagi belum didapati bersalah dia memang lah layak dapat pencen. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
silance replied at 13-1-2026 12:17 AM
....menyatakan hasrat beliau untuk bersara awal daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kua ...
Syaratnya umur 40 tahun & kerja genap 10 tahun.
Korang kena tau. SPRM tu badan bebas. Not linked with MINDEF. SPRM bukan badan yang boleh halang pencen. Status quo is: MINDEF adalah satu entiti yang sedang terpinga2 sahaja. SPRM yang suruh siasat. Bukan MINDEF yang nak siasat.
{Chegu Bard} 0 - 1 {Panglima} |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pantas dia menyelamatkan pencen. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kan...pandai selamatkan pencen...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sayawifenikmie at 13-1-2026 10:41 AM
KALAU ADA KES MAHKAMAH MANA BOLEH BERSARA AWAL SAMPAI KES SELESAI
tapi ... dia belum dituduh di Mahkamah .... hmmmm
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
NOPE .... kalau ada kes mahkamah tak boleh bersara lagi
ehhhh tapi dia belum di tuduh di mahkamah kan ?
amboiiiii ....
Dia ingat Cikgu Bard akan diam
takkan sprm yg cadangkan kot ?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pasaipa nak bersara PEGUAM yg hantar surat ?
bukan itu urusan perobadi yg HR dan bakal pesara yg urus ?
pasaipa thru loyer pulop
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak cantik nk pencen jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ini semua dah terkirai2 nak selamatkan tengkuk ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika kesalahan itu dibuktikan berlaku sewaktu menjawat jawatan awam, boleh dapat pencen lagi ke?
Title Tan Sri pun boleh kena tarik, takkan la pencen kekal kot. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana yg boleh / sempat diselamatkan  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dituduh masa dlm servis, boleh pulak mohon bersara awal.. tak dipecat pulak. Nanti seumur hidup ada pencen dan jika mati dulu isteri dpt pencen terbitan, jadi tax kerajaan dok sara penjenayah pensonglap ke.. sedangkan rakyat kebanyakan stuggle ada yg sampai mkn pakai pun tak menentu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
akan jadi precedent case bila mana ada kes mahkamah
cepat2 apply option
mcm sblm2 ni kan ramai
dh masuk 50s kantoi
dorg patutnya pun buat gini 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|