CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1957|Reply: 18

Lebih 1,000 pegawai kastam dipindah ke AKPS - Ketua Pengarah Kastam

[Copy link]
Post time 9-1-2026 04:15 PM | Show all posts |Read mode





Putrajaya: Seramai 1,053 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dipindahkan ke Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di 22 pintu masuk negara setakat 1 Oktober lalu.

Peralihan itu membabitkan pindah butiran waran penjawatan pegawai JKDM ke AKPS, sekali gus memberi cabaran dari aspek peralihan sumber manusia kepada jabatan berkenaan.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, walaupun berdepan cabaran kekurangan pegawai, JKDM masih mampu mengekalkan prestasi kutipan hasil yang baik melalui penambahbaikan proses kerja, penyusunan operasi dan penggunaan teknologi.

"Seiring dengan pendekatan pengoptimuman tersebut, pelaksanaan agenda pendigitalan, termasuk penggunaan sistem MyCIEDS di seluruh negara sepanjang tahun 2025 telah memperkukuh pengurusan risiko, pemantauan pematuhan serta analisis data perdagangan.

"endekatan ini membolehkan proses kerja dilaksanakan secara lebih cekap, bersepadu dan berasaskan risiko," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat JKDM, di sini, hari ini.

Dalam konteks sama, beliau berkata, JKDM turut memanfaatkan penggunaan teknologi secara bersepadu dengan kepakaran pegawai bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas di lapangan.

"Selain itu, JKDM turut mengaplikasikan pendekatan bersepadu yang menggabungkan kecerdasan manusia (HI) dan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan, ketepatan serta keberkesanan pelaksanaan tugas di lapangan," katanya.

Menurutnya, pendekatan terbabit keputusan operasi dibuat berasaskan data dan risiko di samping memanfaatkan pengalaman serta penilaian profesional pegawai JKDM.

Katanya, pendekatan berteraskan teknologi itu turut diperkukuh melalui pembangunan keupayaan insan menerusi pelaksanaan inisiatif latihan kepada pegawai Kastam.

"endekatan berteraskan teknologi ini seterusnya diperkukuh melalui pembangunan keupayaan insan, antaranya menerusi pelaksanaan inisiatif Neuro-Linguistic Programming (NLP).

"Sepanjang tahun 2025, program ini telah dilaksanakan di seluruh negara dengan penglibatan seramai 65 orang pegawai daripada pelbagai gred," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Anis berkata, JKDM turut memperkasa keupayaan operasi dan penguatkuasaan melalui perolehan aset serta pelaksanaan langkah kawalan di pintu masuk negara.

"JKDM turut melangkah ke hadapan dalam agenda transformasi digital melalui perolehan sebanyak 134 unit mesin pengimbas moden berkeupayaan tinggi yang dilengkapi teknologi AI.

"Dalam usaha memperkasakan penguatkuasaan di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang,

Selangor, JKDM telah melaksanakan pemeriksaan 100 peratus ke atas dagangan import dan eksport bermula 15 November 2023 dengan memanfaatkan teknologi pengimbasan berasaskan AI," katanya.

Katanya, langkah strategik ini bertujuan memastikan pematuhan undang-undang serta mencegah kemasukan barangan terlarang.

"endekatan ini bukan sahaja memperkukuh integriti sistem perdagangan, tetapi juga memastikan kelancaran logistik sekali gus menjadikan Malaysia sebuah hab perdagangan global yang selamat, telus dan kompetitif," katanya.


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2026 04:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 08:00 PM | Show all posts
Ramai asing worangs mau masuk nagara.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
ermmmm
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini akak lipstick purple.
Kalau ada majlis yeye versi badan beruniform lain, takkan nak supply pompuan kat kp wanita?


Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2026 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa beza imigresen dan kastam ni ye? Bukan ke kastam bahagian hal ehwal cukai kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2026 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
wirazam: Apa beza imigresen dan kastam  ...

Dorg kira klu lepas travel oversea tu kn ada shopping2 beli pakaian berjenama ke, so nk caj le berapa. Klu beli bnyk sgt, dorg ingat nk meniaga ke.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2026 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam: Apa beza imigresen dan kastam  ...


kastam - cukai duti eksais - import eksport - barangan

imigresen - passport visa - manusia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2026 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Citer lapuk
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2026 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah, hebat wanita dpt pegang post ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 08:23 AM | Show all posts
nama sendiri pun kerap naik kkat ES kan minah ni?

suka nau pakai lipstick kaler gelap2.. cam tak seswaiii
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz: nama sendiri pun kerap naik kk ...

Ada lg ka tele es tu? Bukan dah terbenam ka? Nak jugak baca skg ni kan tgh panas pasai kes pegawai tentera
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 08:56 AM | Show all posts
Kitty_catz replied at 12-1-2026 08:23 AM
nama sendiri pun kerap naik kkat ES kan minah ni?

suka nau pakai lipstick kaler gelap2.. cam tak se ...

sebelum ES kena benam selalu baca pasal minah ni.. katanya dia ni PTD tapi dapat terajui kastam... ES cakap orang bawah bising sebab sepatutnya bagi la orang Kastam yg menerajui kastam sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 10:33 AM | Show all posts
orkid_amani replied at 12-1-2026 03:16 AM
Ada lg ka tele es tu? Bukan dah terbenam ka? Nak jugak baca skg ni kan tgh panas pasai kes pegawai  ...

haah, dah terkuburrrrrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 12-1-2026 08:23 AM
nama sendiri pun kerap naik kkat ES kan minah ni?

suka nau pakai lipstick kaler gelap2.. cam tak se ...

Ni ok lah skit nmpk merahnya. Ri tu dia pakai kaler purple. Acik ko purple.


Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 06:13 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 14-1-2026 09:39 AM
Ni ok lah skit nmpk merahnya. Ri tu dia pakai kaler purple. Acik ko purple.

kaler pepel nak matchy2 uniform kut.. buwuk nau

tips dia nak cari kaler lipstick seswai kena matchy2 kaler nipple.. i baca ritu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2026 09:01 PM | Show all posts
n3ar replied at 14-1-2026 08:56 AM
sebelum ES kena benam selalu baca pasal minah ni.. katanya dia ni PTD tapi dapat terajui kastam... ...

ok la tu.. sebelum ni dia TKSP MOF... Kastam pun under MOF
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 09:12 AM | Show all posts
Kitty_catz replied at 14-1-2026 06:13 PM
kaler pepel nak matchy2 uniform kut.. buwuk nau

tips dia nak cari kaler lipstick seswai kena matc ...

masa liptik kaler pepel tu kan dia matching beret pepel yg dipakai masa awal2 lantik dulu
tak tau la klu sblm2 tu lg dah gitu




btw mlm td kt bernama ke rtm ke; jemput dia ckp psl hasil rampasan kastam

lbh 70bilion ye

ajer giler banyak weyyhh






Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 10:01 AM | Show all posts
habis tu apa guna bukak AKPS segala tu, baik ko bukak je unit baru dalam kastam dah kalau yang menjalankan tugas nye umat yang sama je

sebab tukar jabatan boleh assured tetiba jadi berintegriti ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 19199 Replies : 2
JUST-IN: Epstein Files pt. 2
Tumpang-SibokJUST-IN: Epstein Files pt. 2
Views : 49823 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 10831 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31876 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19929 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.640260 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list