|
View: 1337|Reply: 4
|
Duda sembunyi belakang pintu disyaki khalwat dengan janda
[Copy link]
|
|
|
Batu Pahat: Cubaan seorang duda menyorok di belakang pintu bilik gagal apabila ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kerana disyaki berkhalwat dengan wanita berstatus janda di rumah di daerah ini, semalam.
Penahanan lelaki berusia 40-an dan pasanganya berusia 30-an dilakukan pada 8.15 pagi susulan laporan dibuat orang awam selain intipan dijalankan penguatkuasa.
Menurut JAINJ, sebelum penahanan pasangan terbabit, penguatkuasa ke rumah milik wanita dan ternampak kereta dalam garaj manakala motosikal di belakang rumah.
"Dua anggota penguatkuasa ditugaskan ke belakang rumah bagi mengelak mereka meloloskan diri. Penguatkuasa kemudianya mengetuk pintu kira-kira 10 minit sebelum seorang wanita memakai telekung labuh dan berseluar panjang membukanya.
" enguatkuasa memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa seterusnya masuk ke rumah untuk pemeriksaan. Pemeriksaan di bilik belakang menemukan seorang lelaki sedang menyorok di belakang pintu.
"Lelaki itu kelihatan ketakutan kerana dipercayai cuba melarikan diri melalui pintu belakang namun nampak penguatkuasa sudah mengepungnya. Lelaki itu hanya berseluar panjang tanpa baju," katanya dalam kenyataan.
Katanya, katil juga didapati berselerak dan pemeriksaan dalam rumah hanya menemukan mereka berdua.
JAINJ berkata, hasil soal siasat mendapati pasangan itu bukan suami isteri.
" asangan terbabit dibawa ke balai polis dan mereka akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hotel2 5 star kan ade seluruh johor hingga ke melaka, apela kedekut sgt nak kluar modal. Nak jugak buat projek kat kwsn penuh org melayu ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kelapaparut: Hotel2 5 star kan ade seluruh johor hingga ke melaka, apela kedekut sgt nak kluar modal. Nak jugak buat projek kat kwsn penuh org melayu ni
tak boleh. jabatan agama rajin buat keje.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|