CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 940|Reply: 3

Pelancong Malaysia kongsi kisah seram bilik 301 di hotel terkemuka

[Copy link]
Post time 7-1-2026 10:17 AM | Show all posts |Read mode





BANGKOK – Seorang wanita Malaysia berkongsi pengalaman menyeramkan yang menghantui ketika dia menginap di sebuah hotel popular di Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.

Dalam hantaran di laman Facebook, wanita tersebut berkata, sepanjang penginapan selama lima hari di bilik hotel bernombor 301 itu baru-baru ini, dia mengalami  pelbagai kejadian aneh.

Antaranya lampu bilik mandi yang tidak henti berkelip, meskipun selepas dibaiki dan dia kerap terjaga daripada tidur antara pukul 3 hingga 4 pagi (waktu tempatan) dalam keadaan seolah-olah dikejutkan oleh ‘seseorang’.

Beberapa hari selepas menginap di hotel berkenaan, dia menemukan sehelai kertas misteri di sebelah televisyen.

Ia merupakan kertas tangkal dari tokong yang tidak menunjukkan petunjuk jelas tentang nasib baik atau buruk.

Wanita itu berkata, tangkal itu tiada di situ sebelum ini.

Dalam satu lagi detik menyeramkan, wanita itu berkata, ketika memeriksa kawasan singki, dia mendapati tiada gulungan tisu di sebelahnya.

Namun, selepas keluar sebentar untuk mengambil tisu, dia melihat  gulungan tisu tiba-tiba tergantung di tempat tersebut.

Wanita tersebut  berkongsi cerita itu untuk mengingatkan pelancong lain supaya memilih berhati-hati apabila  hotel penginapan. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2026 12:21 PM | Show all posts
ehhh, boleh tak tlg bg senarai jer. kan senang sikit nak rujuk.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingat thread zaman dulu2 siap ada list nama hotel/homestay berhantu di setiap negeri Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 08:51 AM | Show all posts
hmmmm.... macam tak berapa nak seram punnnn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.074434 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list