KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang mendakwa suami kepada wanita yang dikaitkan ada hubungan dengan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini tampil membuat penjelasan.
Dr Sariman Abu Bakar berkata, penjelasan itu bagi menjelaskan kedudukan sebenar dirinya susulan penyebaran gambar melibatkan isterinya, Datuk Seri Dasyarina Sarilah Daud bersama pegawai kanan ATM terbabit.
Sariman mendakwa beliau adalah suami sah kepada Dasyarina Sarilah selepas pasangan itu bernikah di luar negara pada 25 Februari tahun lalu dengan pernikahan disempurnakan oleh bapa mentuanya sendiri, Daud Taib.
“Saya bukan hendak mengaibkan sesiapa namun saya terpanggil bagi menjelaskan kedudukan sebenar dan menuntut keadilan buat diri saya,” katanya dalam satu sidang media hari ini.
Sebelum ini, Dasyarina Sarilah tampil membuat kenyataan penafian berhubung dakwaan tular mengaitkan dirinya dengan seorang pegawai kanan tentera.
Dasyarina Sarilah berkata, penjelasan itu dibuat secara sukarela bagi membersihkan nama, keluarga dan syarikatnya.
Menurutnya, hubungan beliau dengan individu yang dinamakan dalam hantaran itu hanya sebagai rakan dan kenalan golf serta tidak mempunyai kaitan dengan urusan peribadi.
Dalam pada itu, Sariman mendakwa beliau dan isterinya sebelum itu bersama-sama terlibat dalam pelbagai urusan perniagaan termasuk melibatkan kerja-kerja berkaitan ketenteraan dan sejak itu isterinya berkenalan dengan pegawai ATM terbabit.
Bagaimanapun, Sariman mendakwa sikap isterinya berubah selepas mengenali individu berkenaan mendorong beliau membuat siasatan sendiri sehingga menemui mesej berunsur ‘bermanja’ termasuk panggilan sayang dalam komunikasi antara kedua-duanya.
Beliau mendakwa, pada peringkat awal, beliau telah menghubungi pegawai ATM berkenaan bagi mendapatkan penjelasan namun keadaan tidak berubah menyebabkannya mengambil tindakan undang-undang dengan menghantar surat tuntutan (LOD) yang didakwanya tidak dibalas.
Beliau turut memaklumkan selepas pendedahan dibuat oleh aktivis politik yang dikenali sebagai Chegubard, beliau mengesahkan bahawa seperti gambar, rakaman CCTV dan dokumen berkaitan adalah tulen.
“Saya telah membuat laporan polis bernombor AMPANG/023551/25 namun sehingga kini tiada tindakan diambil. Saya tertanya-tanya adakah kerana beliau seorang jeneral berbintang maka dilindungi,” katanya.
Sariman berkata, berdasarkan pengetahuannya, perbuatan yang didakwa itu boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan termasuk Seksyen 498 serta kemungkinan kesalahan lain selain tertakluk kepada Akta Angkatan Tentera 1972.
“Tujuan saya tampil ini hanyalah untuk menuntut keadilan. Saya bukan orang undang-undang, saya hanya seorang lelaki biasa yang berasa terhina dan mahu kebenaran ditegakkan,” katanya. – MalaysiaGazette
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 7-1-2026 08:05 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Muka suami mcm biasa tgk.
Pelik laa yg jenis suka skandal ngn bini org pastu bini org tu plak dah tua
Kalau muda bergetah masuk akal la juga nih org tu pun jadik.
Post time 7-1-2026 08:46 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Samerosie at 7-1-2026 09:20 AM
Maafla nak tanya mana la chegubard dpt malaun ni. Tengok muka Dr. La sangat dgn bibir hitam gudang garam and compared to his 'wife' punya lawa walaupun nampak berumur.
Post time 7-1-2026 09:04 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Musuh luar tau dah cara nak takluk negara ni.. x payah susah2 hantar tentera ramai2, pakai senjata apa jadah.. hantar spy perempuan seksi je dah cukup!!