CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

[Sukan Bermotor] F1: Red Bull tagih kejutan Hadjar

[Copy link]
Post time 4-1-2026 03:10 PM | Show all posts |Read mode
HADJAR meraih kedudukan ke-12 musim lalu sekali gus membolehkannya dinaikkan pangkat ke pasukan utama Red Bull. - AFP





F1: Red Bull tagih kejutan Hadjar



  • Oleh MEJA SUKAN KOSMO!
  • 4 Januari 2026, 12:00 pm


Share on facebook





MILTON KEYNES – Pasukan Formula Satu (F1) Red Bull tidak meletakkan tekanan kepada Isack Hadjar menjelang musim 2026, sebaliknya mahu pelumba muda itu terus mempamerkan kejutan apabila digandingkan bersama juara dunia, Max Verstappen.

Hadjar, 21, mencuri tumpuan sepanjang musim sulungnya bersama Racing Bulls pada 2025 apabila mempamerkan kematangan luar jangkaan dalam kempen 24 perlumbaan, sekali gus membuka laluan ke pasukan utama Red Bull.

Pelumba Perancis itu meraih mata pertamanya seawal pusingan ketiga di Jepun dengan menamatkan perlumbaan di tempat kelapan, sebelum mencatat keputusan terbaik di tempat keenam di Monaco dalam separuh pertama musim.

Prestasinya terus meningkat selepas rehat musim panas apabila Hadjar meraih podium sulung kariernya di Zandvoort, sebelum menamatkan musim di kedudukan ke-12 keseluruhan, dua anak tangga di hadapan rakan sepasukan, Liam Lawson.

Konsistensi tersebut meyakinkan Red Bull untuk menaikkan Hadjar menggantikan Yuki Tsunoda yang bergelut sepanjang musim dan hanya menamatkan kempen di tempat ke-17 keseluruhan.

Ketua pasukan Red Bull, Laurent Mekies menegaskan pihaknya tidak mahu meletakkan sasaran khusus kepada Hadjar, mengambil kira kesukaran pelumba yang dinaikkan ke pasukan utama sebelum ini.

“Isack menjalani musim pertama yang luar biasa.

Tidak dinafikan, dari segi titik permulaan, di mana dia bermula pada Januari, ia benar-benar mengagumkan.

“Kami telah melihat ramai juara membangunkan diri mereka sepanjang karier, melakukan perkara yang mereka dianggap tidak mampu lakukan hanya dengan beberapa perlumbaan.

Kami juga melihat perkara sama dengan Isack tahun ini,” jelasnya. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2026/01/04/f1-red-bull-tagih-kejutan-hadjar/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.040484 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list