CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 3753|Reply: 52

[Tempatan] Titi gantung runtuh, lebih 50 tetamu kenduri kahwin jatuh sungai

[Copy link]
Post time 2-1-2026 10:39 AM | Show all posts |Read mode
KUALA KRAI - Suasana meriah kenduri perkahwinan bertukar menjadi detik mencemaskan apabila sebuah titi gantung runtuh secara tiba-tiba, menyebabkan lebih 50 tetamu terjatuh ke dalam Sungai Chatel Damai, Lata Rek di sini pada Khamis.

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu telah menyebabkan seorang lelaki patah kaki akibat terjatuh di atas batu, manakala kanak-kanak cedera di bahagian kepala serta tiga lagi alami luka ringan serta sesak nafas.

Penghulu Mukim Lata Rek, Mohd Zaki Saari berkata, kejadian tersebut dikatakan berlaku apabila rombongan pengantin lelaki bertembung dengan tetamu pengantin wanita di atas titi gantung berkenaan.

"Saya dimaklumkan semasa kejadian lebih 50 orang menggunakan laluan titi itu dalam masa yang sama.

"Rombongan pengantin lelaki dari Pasir Puteh ingin pulang manakala tetamu daripada pengantin wanita pula baru sampai ke kenduri," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Menurutnya, sebaik sahaja dimaklumkan berkenaan kejadian tersebut panggilan kecemasan telah dibuat dan empat buah ambulans datang ke lokasi.


Ujarnya, dua dari Hospital Sultan Ismail Petra manakala selebihnya daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Krai.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati tali pengikat titi gantung di dalam simen sudah uzur dan perlu diganti baharu.
Mohd Zaki memberitahu, kesemua mangsa yang cedera di bawa ke hospital dan sehingga Jumaat hanya lelaki yang mengalami patah kaki masih ditahan untuk menerima rawatan manakala selebihnya telah dibenarkan pulang.

"Saya dimaklumkan kanak-kanak yang mengalami cedera di kepala telah menerima beberapa jahitan.


"ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Manek Urai, Fauzi Abdullah telah hadir ke lokasi kejadian pada petang semalam dan titi gantung yang runtuh itu akan dibaik pulih segera," katanya.

Ujarnya, titi gantung itu telah dibaiki beberapa kali sebelum ini kerana ia merupakan kemudahan utama kepada penduduk di lima buah rumah di kawasan berkenaan.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2026 10:56 AM | Show all posts
ni pun motorsikal lalu ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia laki bini bertembung dapat sedap, korang tetamu bertembung masuk  sungai.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 11:11 AM | Show all posts
ada lg kat semenanjung penghubung adalah jambatan titi gantung. ke sebab ada satu dua rumah je menyebabkan tak viable nk bina jambatan proper kat situ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 11:18 AM | Show all posts
mejaputih replied at 2-1-2026 11:11 AM
ada lg kat semenanjung penghubung adalah jambatan titi gantung. ke sebab ada satu dua rumah je menye ...

5 buah rumah je,mmg bebetul kampung,best ape
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 11:25 AM | Show all posts
copy_paste replied at 2-1-2026 11:18 AM
5 buah rumah je,mmg bebetul kampung,best ape

patut la, mmg betul2 kampung tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2026 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa sampai lebih 50 orang naik jambatan gantung gitu? Bodoh. Selayaknya. Kalau mati pun meols tak kesian (post toksik pertama 2026).
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah seumur hidup meols tengok more than 50 manusia lalu jambatan gantung. Jambatan gini, tampung 20 orang pun dah berisiko. Bodoh nak mampus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2026 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa pun Selamat pengantin baru
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahana:
Meniti Titian Usang(Search).
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya sungai tu. Syok berendam.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 01:57 PM | Show all posts
emera replied at 2-1-2026 01:43 PM
Cantiknya sungai tu. Syok berendam.



kannn. nampak jernih airnya and bersih
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian betul laa negeri bawah perintah PAS ni.. macam Salam 70an ...50 tahun mundur..tu pun ada hati nak perintah federal
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
buat le kat jambatan angkut ganu...haha
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mujur sungai cetek je
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 05:59 PM | Show all posts
Penghulu Mukim Lata Rek, Mohd Zaki Saari berkata, kejadian tersebut dikatakan berlaku apabila rombongan pengantin lelaki bertembung dengan tetamu pengantin wanita di atas titi gantung berkenaan.

"Saya dimaklumkan semasa kejadian lebih 50 orang menggunakan laluan titi itu dalam masa yang sama.

Selama ni dok lalu-lalang takde apa-apa. Kekerapan dan beban pun kurang.
(5 buah rumah jer kat seberang tu)


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2026 08:23 PM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 2-1-2026 08:25 AM
B40tastePosh replied at 1-1-2026 11:02 PM
Dia laki bini bertembung dapat sedap, korang tetamu bertembung masuk  sungai.

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un.

Titi gantung tu jalan pintas, bukan jalan utama. Ada jalan lain, cuma jauh sikit je.







Anwar Ibrahim dah arahkan kerja2 pengantian titi dilakukan dengan segera. Peruntukan pon dah dikeluarkan.

PM arah ganti segera titi gantung runtuh di Kuala Krai

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan penggantian segera titi gantung yang runtuh di Sungai Chatel Damai, Lata Rek, Kuala Krai demi keselamatan dan kemudahan rakyat.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, arahan agar peruntukan disediakan bagi menggantikan jambatan berkenaan telah dikeluarkan.

"Perdana Menteri memandang serius insiden runtuhan sebuah titi gantung di Lata Rek, Kuala Krai semalam yang mengakibatkan kecederaan kepada beberapa orang awam dan menjejaskan akses harian penduduk sekitar Kampung Pasir Jering, Dusun Ban, Dusun Bunut serta Kampung Batu Pagar.

"Kerja-kerja penggantian jambatan ini akan dilaksanakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan bagi memastikan tindakan pantas, berkesan, menjamin keselamatan dan akses penduduk setempat," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, lebih 50 tetamu yang menghadiri kenduri perkahwinan terjatuh ke dalam sungai apabila sebuah titi gantung runtuh secara tiba-tiba.

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu telah menyebabkan seorang lelaki patah kaki akibat terjatuh di atas batu, manakala kanak-kanak cedera di bahagian kepala selain tiga lagi alami luka ringan dan sesak nafas.

Penghulu Mukim Lata Rek, Mohd Zaki Saari berkata, kejadian tersebut dikatakan berlaku apabila rombongan pengantin lelaki bertembung dengan tetamu pengantin wanita di atas titi gantung berkenaan.

Tambah kenyataan itu, Perdana Menteri menzahirkan simpati dan keprihatinan mendalam kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

"Khususnya pasangan pengantin dan keluarga yang diuji dengan musibah," ujarnya.
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/762596/berita/semasa/pm-arah-ganti-segera-titi-gantung-runtuh-di-kuala-krai
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 2-1-2026 05:58 AM
mujur sungai cetek je

Cetek & jernih.

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 09:59 PM | Show all posts
alahaiii kesian nya. kenapa ek naik jambatan ramai2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.060679 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list