CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2596|Reply: 28

[Tempatan] ‘7 anak kami ada masalah pernafasan’

[Copy link]
Post time 2-1-2026 10:02 AM | Show all posts |Read mode
PASIR PUTEH – Sepasang suami isteri dari Kampung Jeram Pasu di sini, terpaksa berdepan ujian besar apabila tujuh anak mereka disahkan mengalami masalah saluran pernafasan sempit dan asma sejak kecil.

Sukor Abu Hassan, 49, yang bekerja kontrak sebagai pembantu operasi di sebuah syarikat swasta juga terpaksa menerima hakikat apabila isterinya Siti Samiah Mohd. Yidin, 37, turut menghidap penyakit jantung.

Menurut pasangan itu, mereka kini berdepan kekangan kewangan untuk menguruskan kesemua anak berusia dalam lingku­ngan setahun hingga 17 tahun.

Siti Samiah berkata, dia yang menghidap penyakit jantung sejak beberapa tahun lalu perlu menjaga tujuh anak iaitu Siti Aisyah Alyaa, 17, Ahmad Firdaus, 15, Muhammad Zul Harris, 10, Nur Balqis

Umairah, 9, Muhammad Saifullah, 6, Nur Badariah, 3, dan Siti Nur Arrisya Sofia, 1.

Menurutnya, meskipun kebanyakan anak-anaknya sudah besar, kesihatan mereka perlu diberi perhatian kerana semuanya menghidap saluran pernafasan sempit dan asma sejak kecil.

“Siti Aisyah Alyaa menghidap asma kronik, manakala Ahmad Firdaus pula mengalami masalah saluran jantung dan pernafasan sempit sehingga terpaksa berhenti sekolah pada Ogos lalu.

“Muhammad Saifullah mempunyai saiz jantung besar, manakala Siti Nur Arrisya Sofia yang merupakan anak bongsu mengalami jantung berlubang dan pendarahan dalaman,” katanya ketika di rumahnya di Kampung Jeram Pasu kelmarin.

Siti Samiah berkata, dia yang perlu dirawat akibat masalah jantung terpaksa mengetepikan proses berkenaan di hospital berikutan masalah kewangan yang dihadapi selain merasakan kesihatan anak-anak lebih ­penting.

Menurutnya, anak-anaknya sudah biasa menjamah nasi bersama garam sekiranya bekalan makanan di rumah habis.

“Kami tiada pilihan lain apabila makanan sudah habis. Anak-anak sudah biasa dengan keadaan itu walaupun mereka menghidap pelbagai penyakit,” ujarnya.

Sementara itu, Sukor berkata, dia hanya bekerja kontrak sebagai pembantu operasi engan pendapatan bersih sebanyak RM1,500 sebulan.

“Kami menerima bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) sebanyak RM2,000 setahun. Bukan tidak bersyukur, tetapi jumlah itu tidak mencukupi bagi menampung kos rawatan, ubat-ubatan dan keperluan harian tujuh anak yang sakit,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Siti Samiah di talian 011-5664 9199 atau terus ke akaun Bank Islam miliknya, 03090020984459.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2026 10:02 AM | Show all posts
Ramai betul anak
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau berhenjut laki bini ada pulak nafas
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 11:26 AM | Show all posts



betul la tuh
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 2-1-2026 11:33 AM

Kawan2 ai anak sesak nafas sbb bapak hisap rokok dan vape dlm rumah juga kucing jgn dlm rumah juga pasang ubat nyamuk asap racun
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
7 orang???Ermmmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2026 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
3 anak pertama semua masalah kesihatan, keluar lg 4. Maknya pulak sakit jantung… hmmmm…
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe shpuld first scrb dulu dinding2 yg berkulat tu, kurang la sikit masalah kesihatan masing2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2026 03:50 PM | Show all posts
Samerosie replied at 2-1-2026 02:37 PM
Maybe shpuld first scrb dulu dinding2 yg berkulat tu, kurang la sikit masalah kesihatan masing2.

hehe meols scroll balik tgk dinding rumah....dapur pun...yup maybe itu salah satu punca masalah kesihatan....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ekselen at 2-1-2026 04:01 PM

anak paling bongsu umo 1 tahun, anak 2nd bongsu 3 tahun...tahle kak.. taknak komen lebih2.. kang nampak kita plk jahat.. semoga hidup akak sekeluarga baik2 jelah.. usaha lah apa yg patut.. kalau boleh kena usaha 200% pun akak dan suami kena usahakan lah.. nk buat mcm mana sbb masa mengangkang nk buat anak pun akak dan suami pun xnk pikir panjang, kesian kt anak2 tu nanti xdpt hak mereka.. tah la kak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 04:00 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 2-1-2026 10:57 AM
Kau berhenjut laki bini ada pulak nafas

now i yg putus nafas sbb gelak berdekah sgt
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 2-1-2026 10:57 AM
Kau berhenjut laki bini ada pulak nafas

Dia berhenjut halal..laki bini....anak yg dia dapat tu kurniaan Allah SWT, sape kita nak  persoal...dia susah, dia mohon bantuan tu ujian kpd kita...adunPAS Cuba jenguk2 sikit rKyat tu , jgn asyik nak harap Abbe Hae je
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 2-1-2026 03:50 PM
hehe meols scroll balik tgk dinding rumah....dapur pun...yup maybe itu salah satu punca masalah ke ...

Ha black mold kan terjadi sbb basah atau lembab mungkin la rumah dia kayu lagi la.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 04:53 PM | Show all posts
Hiburan mereka hanyalah buat anak kerana itulah kehidupan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tau ada sakit jantung..buat apa ler beranak banyak2
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 02:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 2-1-2026 02:37 PM
Maybe shpuld first scrb dulu dinding2 yg berkulat tu, kurang la sikit masalah kesihatan masing2.


Rumah kayu elak la guna Cat jenis Alkyd Enamel, memang cepat tumbuh kulat sebab cuaca Malaysia Humid.

Better guna cat yang ada kandungan resin seperti Syelek atau Varnish atau Minyak Kayu.. sebab sifatnya anti fungal dan anti bakteria.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2026 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 3-1-2026 03:23 AM
kakigebang replied at 2-1-2026 04:10 PM
Dia berhenjut halal..laki bini....anak yg dia dapat tu kurniaan Allah SWT, sape kita nak  persoal. ...


Ahmad Firdaus tu tak nak sekolah bukan masalah pernafasan atau jantung sebab mak dia steady je berhenjut beranak 7 orang walaupun sakit jantung.

Tu semua alasan malas nak sekolah, dah besar nanti, musim hujan tengkujuh dia buat anak macam ayah dia.

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang miskin tak tahu pasal family planning ke? Takkan simple maths ie more lives = more needs tak boleh hadam?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 3-1-2026 02:57 AM
Rumah kayu elak la guna Cat jenis Alkyd Enamel, memang cepat tumbuh kulat sebab cuaca Malaysia Hum ...

Sekarang guna papan cerra board. Tak taulah mudah berkulat ke tak.


Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurse mesti dah berbuih mulut membebel suruh pakai kondom...
Pung celuih juga..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.431234 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list