Siapa Azhan Md Othman, Panglima Tentera Darat ke-31
Oleh Hannah Norbaqqa Syarul - Disember 31, 2025 @ 4:26pm

Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman. - NSTP/ Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (MINDEF) hari ini mengumumkan pelantikan Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman sebagai Panglima Tentera Darat ke-31.
Pelantikan beliau berkuatkuasa 1 Januari 2026 menggantikan Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan yang diarahkan bercuti sebelum ini.
Berikut maklumat mengenai beliau: BIODATA: Nama Penuh: Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman
Lahir:4 September 1969 di Muar, Johor
Keluarga: Mendirikan rumah tangga bersama Datin Noor Ainy Mohd Ali dan dikurniakan dua cahaya mata.
KERJAYA - Memulakan kerjaya ketenteraan dengan menyertai Latihan Pegawai Kadet di Sungai Besi pada 25 Ogos 1987
- Ditauliahkan ke dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 29 Julai 1989.
PENDIDIKAN - Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan - Universiti Malaya (2002).
- French Joint Defence College – War College (École de Guerre) di Akademi Tentera Perancis (Januari 2012 - Jun 2013).
- Tamat Kursus Ketahanan Nasional di Maktab Ketahanan Nasional (2021)
KETENTERAAN - Mula perkhidmatan sebagai Ketua Platun di Batalion Ke-11 RAMD
- Dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel pada 1 Mei 2007, seterusnya dilantik Pegawai Memerintah Batalion Ke-24 RAMD
- Berkhidmat sebagai Juruarah di Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) pada Pada 14 Januari 2010, sebelum mengikuti pengajian di Perancis.
- Komander Batalion Siap Sedia Tentera Darat (1 Ogos 2017 - 5 September 2018)
- Komander MALBATT 850-6 bagi UNIFIL di Lubnan (6 September 2018 - 9 November 2019) dan dianugerahkan Pingat PBB
JAWATAN KANAN DAN PELANTIKAN - Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Pulau Pinang.
- 6 September 2024: Dilantik Asisten Ketua Staf di Cawangan Operasi dan Latihan, Markas Tentera Darat MINDEF
- Dilantik Ketua Staf Markas ATM pada 4 Februari 2025.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/12/1491278/siapa-azhan-md-othman-panglima-tentera-darat-ke-31
|