Tak dinafikan, Malaysia kini semakin mendapat perhatian dunia. Bukan sahaja sebagai destinasi pelancongan yang indah dengan kepelbagaian budaya, makanan unik serta masyarakat yang mesra.
Malah, negara ini juga semakin menjadi pilihan warga asing untuk bekerja, melanjutkan pelajaran dan membina kehidupan baharu.
Bagi sebahagian daripada mereka, Malaysia bukan sekadar tempat persinggahan sementara. Sebaliknya, berubah menjadi 'rumah kedua' yang memberikan rasa tenang serta peluang untuk mengenali diri sendiri.
Inilah pengalaman yang dikongsikan oleh seorang pelajar antarabangsa yang kini sudah hampir setahun menetap di Malaysia.
Kisahnya tular menerusi sebuah video di TikTok yang memaparkan 'perjalanannya' sejak pertama kali menjejakkan kaki ke negara ini sehingga ke hari ini.
"Saya hampir tidak kenal diri saya..."
Mana tidaknya, menerusi video yang dikongsikan, jelas bahawa pindah ke Malaysia benar-benar mengubah dirinya.
Jika dahulu wajahnya kelihatan penat, sedikit tertekan dan kurang bersemangat, kini dia tampak jauh lebih ceria, gembira dan 'bersinar'.
Senyumannya kelihatan manis manakala riak wajahnya seolah-olah memaparkan semangat baru yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
"ada 2 Januari 2026 nanti, genap setahun saya berpindah ke Malaysia. Bila saya tengok semula video lama, saya sendiri hampir tak kenal diri saya yang dulu (tapi dalam cara yang sangat baik).
"Tahun ini banyak mengajar saya tentang siapa diri saya, tentang kesabaran, perubahan dan belajar menerima perjalanan hidup seperti apa adanya. Saya sangat bersyukur untuk setiap pengalaman, setiap pengajaran dan setiap 'versi diri' yang saya lalui sepanjang tempoh ini.
"Terima kasih, Malaysia, untuk fasa hidup yang sangat bermakna ini. Saya tak sabar nak lihat apa yang akan datang selepas ini," tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Perkongsian itu nyata menyentuh hati ramai pengguna media sosial. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi rasa gembira melihat perubahan positif yang dialaminya.
Ramai juga yang memuji wajahnya yang kelihatan lebih berseri dan bahagia sejak berada di Malaysia.
"Kamu nampak lebih bahagia dan makin berseri."
"Kamu nampak lain, tapi dengan cara yang baik. Teruskan ya."
"Nampak sangat berseri. Kadang-kadang pindah ke tempat baru memang bagus untuk kesihatan mental. Semoga kamu terus bahagia dan dilimpahi kasih sayang pada masa akan datang."
Post time 2-1-2026 08:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by sharlenetexas at 2-1-2026 08:11 PM
Kalau rhys tu aku follow medsos dia sbb terliur tengok menu masa dia travel cari kedai makan. Tgk makanan mcm semua best. Asalkan dia tak cari pasal tak cari gaduh dan mulut jangan CELaka. Dan tak payah puji lebih2 sangat.
Post time 2-1-2026 10:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sharlenetexas replied at 2-1-2026 12:09 PM
Kalau rhys tu aku follow medsos dia sbb terliur tengok menu masa dia travel cari kedai makan. Tgk ma ...
Asal nya makan nasi lemak je kan. Rhys tu pandai cakap melayu tp org malaysia sendiri ada yg tak pandai/pelat ckp melayu (lagi memalukan org melayu sendiri).