CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 1614|Reply: 21

“Saya & Suami Orang Yang Matang…Cerai Bukan Perkara Main-Main” - Risteena

[Copy link]
Post time 31-12-2025 11:46 AM | Show all posts |Read mode




Pelakon Risteena menafikan dakwaan rumah tangganya dengan aktor Isa Khan sedang bergolak serta mengatakan cerai bukan perkara untuk dibuat main.

Menerusi hantaran di Insta Story, Risteena berkata dia dan suami tidak pernah berkongsi mengenai masalah rumah tangga di media sosial.

“Saya dan suami ialah orang yang matang. Kami tidak pernah berkongsi masalah rumah tangga di media sosial dan tidak akan berbuat demikian sampai bila-bila.

“Jadi, segala hantaran di media sosial langsung tidak ada kena-mengena dengan masalah rumah tangga.

“Perkataan cerai bukan perkara main-main, jangan sewenang-wenangnya menulis atau menyebutnya sekiranya tiada perceraian atau pergolakan berlaku,” tulisnya.

Sementara itu, Risteena turut menjelaskan hantaran suaminya yang mencetuskan tanda tanya netizen itu adalah lirik lagu dan petikan.

“Saya sudah bertanya kepada suami. Ayat tersebut hanyalah lirik lagu dan ‘quotes’ untuk kandungan di TikTok. Saya rasa tidak penting untuk menjelaskan kepada sesiapa.

“Kami sibuk menguruskan perniagaan, jadi tidak perlu bertanya lagi. Elakkan fitnah dan bercakaplah perkara yang baik-baik saja,” katanya.

Sumber : Oh Bulan, Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2025 11:59 AM | Show all posts
Edited by chinta89 at 31-12-2025 12:01 PM

nama isa ni naik lps dia buat kandungan tiktok yg mcm rumahtangga berantakan. so hari tu dia buat live. then dia ada ckp lah psl dosa silam, menyesal dgn zmn dulu2 sb lagha dgn duniawi. means dia mcm nk berubah ke arah yg lbh baik gituh. oleh sb dia tgh cakap psl dia byk wat dosa silam, ada yg tanya pasal cth dosa apa yg dia buat yg dia menyesal?

dia balas, x pyh ckp lah takkan nk bukak aib sendiri. yelah aku pun paham maksud dia, org tu pun tanya je kan. lps tu dia jawab, cth dosa tu mcm korang paham2 sendiri lah. TINGGAL SOLAT CONTOHNYA. TAKKAN KORANG X PENAH TINGGAL SOLAT? TIPU LA KALAU X PERNAH.

terkejut aku dia blh ckp mcm tu. dia boleh ckp 'takkan korang x penah tinggal solat? tipu la' wehhhh isa kalau ko baca forum cari meh sini nk cakap. saya tak pernah tinggal solat. sblm akil baligh lagi, memang tak pernah tinggal solat. lemah sgt ke manusia beragama Islam di dunia ni hingga Isa merasakan semua org mmg perkara biasa tinggal solat? sb, aku x penah tinggal solat. jd kata2 dia tu ibarat mcm ko pk semua org mcm ko?

sejahat2 aku, sbg manusia dan pendosa, aku tidak pernah tinggalkan solat. mungkin secara sedar atau tidak ,mmg ada dosa lain tp memang aku kena akui solat perkara aku x pernah lalai. perkara pertama dihisab ialah SOLAT. jd aku berpegang kepada kata2 ni. at least bab solat aku dh lepas dihisab. kena part lain plk x lepas lagi.. dh kalau solat pun x lengkap, nk melepasi hisab pertama mcmna?

sesungguhnya aku jd termenung bila Isa kata mcm tu dlm live. jd aku terpikir mmg org zmn skg wajib ke eh tinggal solat?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 12:47 PM | Show all posts
Sendu. Masuk AF pun tersingkir awal, berlakon pun tak memorable.... so? cheapskate publicity lahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 12:53 PM | Show all posts
chinta89 replied at 31-12-2025 11:59 AM
nama isa ni naik lps dia buat kandungan tiktok yg mcm rumahtangga berantakan. so hari tu dia buat li ...

sis mungkin pd u x tinggal solat tp i mmg ada je kawan2 yg smpi skrg dah tua bangka pun tinggal solat ye.
duduk kat opis sama2. sentiasa ada depan mata tp solat tak penah nampak pun. nk kata solat diam2 kami semua tertanya dia solat kat mana sbb obv kat opis ni org pompuan solat kat surau je nak bukak tudung,bersihkan mekap lagi tetapi lain laa lelaki bawah tangga pun xpe.
tp i taknak judge lebih2 sbb tu urusan dia dgn tuhan.
cuma i paham je maksud isa ni. minum arak, berzina... ni semua mcm dah jd perkara biasa skrg. cuma btl laa isa ckp, dia rasa kifarah atas dosa2 zilam dia tu dtg skrg pada dia.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sweet couple depa ni..nmpk luaran la.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 31-12-2025 11:59 AM
nama isa ni naik lps dia buat kandungan tiktok yg mcm rumahtangga berantakan. so hari tu dia buat li ...

Logic je kot.
Org yg sentiasa smayang pun..ada je masa ya tertido..terlajak subuh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2025 02:24 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 31-12-2025 12:47 PM
Sendu. Masuk AF pun tersingkir awal, berlakon pun tak memorable.... so? cheapskate publicity lahhhhh

wehhh dia keluran AF ke.. la ku baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 02:26 PM | Show all posts
kisahkeaku replied at 31-12-2025 12:53 PM
sis mungkin pd u x tinggal solat tp i mmg ada je kawan2 yg smpi skrg dah tua bangka pun tinggal so ...

tq sis atas panjang lebar pencerahan. cuma tu lah, cara Isa jawab dlm live tu "korang x payah tipu la.." eh dia buat dosa dah kenapa heret org lain pun buat dosa sama cm dia gak.. gitu je dlm minda iols huhu.. semoga pengakhiran kita semua baik2 la kan sis. kita pun x tau nasib akhir kita mcm mana. semoga semua baik2 hendaknya. amin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2025 02:58 PM | Show all posts
chinta89 replied at 31-12-2025 02:26 PM
tq sis atas panjang lebar pencerahan. cuma tu lah, cara Isa jawab dlm live tu "korang x payah tipu ...

ye betul sis...kita pun x tau kadang2 perkara buruk yg berlaku kat kita tu atas dosa kita yg mana satu.
tp jgn jd mcm sesetengah org tu, tang ujian kat org dia kata kifarah.tang dia kena ujian dia kata Allah syg dia
nway happy new year sis
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 03:08 PM | Show all posts
chinta89 replied at 31-12-2025 02:24 PM
wehhh dia keluran AF ke.. la ku baru tau

siapa hasil AF...
Isa ke Risteena...hahhaa

AF sejak lepas Mawi iouls rasa sendu jah masing2....
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 03:19 PM | Show all posts
chinta89 replied at 30-12-2025 08:24 PM
wehhh dia keluran AF ke.. la ku baru tau

Ye....sendu kan sebab tak tau? hahahahahaha
Sebab suara pun sendu nyehhh...



Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
bagi aku dia ni mencari publisiti murahan..nak cakap bab bab betobat dan agama, maybe ko ada masalah..ko xde job xde duit, niaga susah tapi tak payah nk konon betobat mcm menunggang agama tau x..

just buat content cari follower..kemudian dptla job nya nnt..sibuk nk ckp psl agama tah ye ke idak betobat, smyg tu wajib tobat atau tak mmg wajib
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Org matang la sangat
Kalau matang tak post status2 yg mengundang
Netizen dah biasa dgn penafian dan hantaran2 yg mengundang ni.

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Shayang at 1-1-2026 06:48 AM
chinta89 replied at 31-12-2025 11:59 AM
nama isa ni naik lps dia buat kandungan tiktok yg mcm rumahtangga berantakan. so hari tu dia buat li ...


Aku teringat bila ada org yg dah jadi mak2 anak berderet pun dia punya azam 2026 harap dapat solat 5 waktu
Aku mcm ehh…
Aku ok je azam camtu kalau bebudak sekolah
Tapi ni acik2 milennial heheh
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by LadyCarefree at 22-1-2026 05:03 PM
chinta89 replied at 31-12-2025 10:59 AM
nama isa ni naik lps dia buat kandungan tiktok yg mcm rumahtangga berantakan. so hari tu dia buat li ...


Apekebende kau ni emo terpaling solat? Siap nak twist ckp wajib ke org tinggal solat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 31-12-2025 11:59 AM
nama isa ni naik lps dia buat kandungan tiktok yg mcm rumahtangga berantakan. so hari tu dia buat li ...

Weeehh sama MCM komen kat video2 bellah dgn as. Ramai komen "alaah MCM lah tak pernah pegang tgn boyfren dulu. MCM tak pernah rapat2 dgn boyfren dulu.". Weeehh masalahnya aku tak pernah. Jenis manusia MCM ni dia IGT dia biasa buat maksiat @ mungkar then dia rasa semua org MCM dia. Bebal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2026 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Bideo aritu mengundang sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 1-1-2026 02:23 AM
Org matang la sangat
Kalau matang tak post status2 yg mengundang
Netizen dah biasa dgn penafian dan  ...

Mcm bongok kan

Dah la diorg ni sebelum kahwen terpaling mengundang ..adoyai..kut nk berubah ke apa dendiam suda
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca forum?


Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 09:07 AM | Show all posts
Kakashial replied at 1-1-2026 08:42 AM
Weeehh sama MCM komen kat video2 bellah dgn as. Ramai komen "alaah MCM lah tak pernah pegang tgn b ...

bila perkara dosa dianggap bisaa.. ye la kita pun bukannya sempurna tp cara diorang explain tu x kena. ibarat dia x solat, habis pukul rata semua org mcm dia jgk.. gituh.

x pe la sis, ini bukan dunia kita ekeke
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.337942 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list