Usahawan terkenal Rozita Ibrahim atau Bonda Rozita, 61, dan suaminya, Aidiamin Ahmad, 50, berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah selama 11 hari sejak semalam.
Perkara itu dikongsi Rozita menerusi hantaran dimuatnaik di Instagram (IG) untuk memaklumkan pengikut media sosialnya yang turut mohon mendoakan agar mereka agar dapat menjadi tetamu Allah juga.
Pada hantaran dibuat itu, Rozita memberitahu langkahnya ke tanah suci bukan kerana dirinya sudah baik, tetapi hatinya terlalu perlu dibersihkan termasuk mendapat ruang untuk menenangkan jiwa.
"Kepada semua followers (pengikut) yang bonda kasihi, bonda doakan semoga Allah turut menjemput kalian menjadi tetamu-Nya di Tanah Suci, pada waktu dan cara yang paling indah menurut ketentuan-Nya.
"Selamat menyambut Tahun Baharu. Semoga Allah menulis takdir yang baik untuk kita semua pada tahun mendatang - negara yang aman, rezeki yang dipermudahkan, iman yang terus bertambah dan seluruh Malaysia dilindungi daripada segala petaka yang mengundang kemurkaan-Nya.
"Ya Allah, bonda ingin melangkah ke Tanah Suci bukan kerana bonda sudah baik, tetapi kerana hati ini terlalu perlu dibersihkan.
"Umrah ini bonda pohon sebagai ruang menenangkan jiwa, tempat bonda menyerahkan lelah, luka dan segala harapan hanya kepada-Mu, Ya Rabb," tulisnya pada hantaran itu.
Menurut Rozita, dalam setiap sujudnya dia juga memohon dilapangkan rezeki dalam perniagaan yang boleh menjadi sebab baginya berkongsi dengan orang lain.
"Dalam setiap sujud, bonda titipkan satu doa yang dalam: andai Engkau lapangkan rezeki bonda melalui niaga yang Engkau redai, jadikanlah bonda asbab untuk membawa mereka yang tidak mampu menjadi tetamu-Mu.
"Ya Allah, jadikan rezeki ini amanah, yayasan ini jalan rahmat dan setiap langkah bonda ini bukti bahawa nikmat-Mu bukan untuk disimpan, tetapi untuk dikongsi," katanya.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan pengikut Rozita gembira dan menganggap ucapan ditulisnya sangat tulus, menenangkan hati, cantik serta sedap dibaca dengan susunan ayat teratur.
"Doakan saya bonda. Cantik ayat. Semoga mendapat umrah mabrur, redha Allah serta pengakhiran hidup yang baik," komen netizen.
"Selamat menunaikan umrah bonda..selamat pergi dan selamat kembali," tulis seorang warganet.
"Semoga Allah makbulkan semua hajat bonda," kata seorang pengguna media sosial.
Sebelum ini, Rozita dan suaminya menarik perhatian ramai di media sosial apabila lelaki itu didakwa mengalami gangguan makhluk halus ketika menyertai satu rakaman program paranormal.
Rozita dalam penjelasan dibuat mengenai kejadian memaklumkan dia mempunyai pengalaman dengan gangguan mistik kerana mendakwa hidup selama 24 tahun dalam keadaan dirinya disihir.
Post time 30-12-2025 02:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by L.U.S.M at 30-12-2025 03:13 PM
Risau kena kecam ke tuuuu
Habis terserlah satu satu perangai diva nekta ni
Dorg buat rakaman kat rumah hutan bonda rozita sendiri..mula2 dia ckp kat rumah hutan bonda..tp risau nnt rumah hutan dia xde org nk dtg bercuti lagi so tukar ckp konon tmpt lain..skali bila dh meroyan merentan terus lupa penipuan awal tersebut ayat
"amik Quran kat atas...ada kain kiswah mekkah" ape ntah lagi dia ckp...sah2 la mmg tu lokasi rumah hutan dia..siap tercakap "masa saya beli tanah ni byk staff tumbang..xboleh nk bersihkan..."
Takkan bersihkan tanah org...sah2 mmg ko tgh bersihkan tanah sendiri and terbeli tanah yang ada penunggu
Dah kantoi mulut macam nenek puaka, kantoi ustaz kata benda tu 'berlaga' dengan dia dengan laki dia 'punya'.... terus mengamuk2 cari jam rolex dengan tasbih kristal salut berlian (siap mention ye tengah2 terpekik maki staff crew live tu). Taubat je lah nenek... muka pun dah botch kembang nak meletop tu top up filler... laki pun muka kaki kikis macam2 benda branded dapat pakai sejak kawin ni..
Post time 30-12-2025 03:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by L.U.S.M at 30-12-2025 03:08 PM
prince_marhaen: Dah kantoi mulut macam nenek p ...
Masa awal2 lakinya bawa air Yasin dia gelak terkekeh mempersenda konon nothing..skali bila dh terkena terus keluar perangai hantu..itula perangai dia yang sebenar hahaha
Post time 30-12-2025 03:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Alip sukri pun pangai mcm mak dia cuma dah kurang sikit bebanding Bonda. Bonda dlu lg dashat kata kak yati. Kak yati ni mungkin ada bnyk menurun ayah diorang kot sebab lebih calm, mulut pun tak se laser bonda.
Post time 30-12-2025 03:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dulu kawen laki ke 4 sembang terpaling pengamal perubatan Islam..tp bila laki ke 5 kena rasuk terus xreti baca ayat kursi..xhbs2 Al ikhlas...tu pun beriya minta tasbih..
Non stop melatah lepas tu kena rasuk alahai.2-2 laki bini ni redflag
Post time 30-12-2025 03:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by L.U.S.M at 30-12-2025 04:01 PM
kalchi replied at 30-12-2025 03:17 PM
Alip sukri pun pangai mcm mak dia cuma dah kurang sikit bebanding Bonda. Bonda dlu lg dashat kata ka ...
Mana ada kurang sikit..
tukar MO je skrg sbb baru2 hari tu kena masuk court kena denda mempersenda agama..so kne tukar concept ketengahkan ank laki dia plk..bg org lupa kes dia
Pastu seru "dengan kiswah nabi" apa bagai macam nak baca mentera kan.. eiiii serammm..keluar perangai nenek dia...teringat cerita dia pernah ambil ilmu hutan nenek kebayan masuk mimpi dia dulu...
Post time 30-12-2025 05:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
KBW2: So kesimpulannya ni semua sand ...
Prog night walk tu betul.kena rasuk tu pun betul rasanya sbb dia mmg panik gile abis keluar true color dia.dia tk sangka agaknya jd gitu org lain join ok je