CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 421|Reply: 16

'Lorong pintar memang membantu, tapi disalah guna pula' - Penganalisis

[Copy link]
Post time 24-12-2025 05:41 PM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Pengaktifan lorong pintar (SmartLane) di lebuh raya memang membantu mengurangkan kesesakan melalui penambahan kapasiti laluan pada waktu puncak, namun disalah guna segelintir pengguna jalan raya termasuk kenderaan berat.

Pengasas Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan (PPJK), Datuk Mohammad Hisham Shafe mengakui berlaku 'konflik' kemasukan semula kenderaan dari lorong kecemasan ke laluan utama dan boleh menyebabkan kesesakan sekunder.

"Ini memerlukan pengurusan lebih baik seperti penutupan dan pembukaan lorong yang lebih bijak serta papan tanda yang jelas.

"Selain itu, pembukaan SmartLane juga perlu lebih tersusun supaya pemandu lebih berhati-hati dalam pemanduan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Smart Lane merujuk kepada penggunaan bahu jalan atau lorong kecemasan secara terkawal untuk dijadikan sebagai lorong tambahan yang bertujuan menambah kapasiti lebuh raya bagi menyuraikan aliran trafik semasa berlaku kesesakan atau kemalangan.

SmartLane dilaksanakan PLUS dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Ketika laluan itu diaktifkan, pengguna lebuh raya dibenarkan memasuki dan memandu di laluan kecemasan untuk sementara sebagai langkah untuk menambah kapasiti laluan terbabit sebelum diarahkan untuk masuk semula ke laluan utama lebuh raya bagi meneruskan perjalanan.

Sementara itu, ditanya sama ada langkah pelebaran lebuh raya akan dapat mengatasi kesesakan terutama pada waktu puncak dan musim perayaan, Mohammad Hisham berpendapat langkah itu hanya diperlukan di kawasan tertentu dan kritikal.

Bagaimanapun, katanya kerajaan melalui pihak berkuasa dan syarikat konsesi lebuh raya perlu lebih menumpukan kepada penyelesaian berteknologi dan laluan alternatif bagi mengelak fenomena 'permintaan teraruh' (lebih banyak lorong dibuka, lebih banyak kenderaan akan masuk dan keluar semula).

"Kunci paling utama untuk mengelak kesesakan bukan sekadar pada infrastruktur, tetapi perancangan bijak dan kesabaran serta sikap pemandu sendiri.

"Ingatlah jalan raya adalah milik bersama. Sikap bertimbang rasa dan mematuhi peraturan bukan sahaja dapat mengelakkan kesesakan, malah menyelamatkan nyawa," katanya.

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya supaya menjaga adab ketika memandu dan mengutamakan keselamatan di jalan raya.

Sumber: - Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2025 05:58 PM | Show all posts
i baru balik dari JB tadi. treler guna lorong kecemasan
yang ambulan gila guna lorong kanan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Smart lane kena continue sampai exit. Kalau setakat buka tengah2 hiway kemudian di depan merge semula sama ja.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 24-12-2025 05:58 PM
i baru balik dari JB tadi. treler guna lorong kecemasan
yang ambulan gila guna lorong kanan.

Kalau treler guna smart lane kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
x selesai masalah pun... jadi bottle neck semula


pada saya yg cadangkan ni x brapa bijak
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 06:38 PM | Show all posts
pemandu motor ada yang marah bila pemandu kereta guna lalu smart lane
dan pemandu kereta pun kena hati2 nak masuk smart lane

kadang confuse smart lane aktif ke tidak?
ke asal ada sign board smart lane ja dikira aktif sepanjang masa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2025 09:31 PM | Show all posts
patutnya, ia hanya untuk laluan yang nak ke susur keluar dari hiway (ni sangat2 membantu)... tapi apa cara nak halang yang akan masuk semula ke laluan utama kat susur keluar tu?

kedua nya, laluan ni, dia bantai macam autobahn takde speed limit, lagi2 waktu hujan.. anat..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang kena marah dengan yang bawak motor. Too bad some people tak reti baca papan tanda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2025 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 24-12-2025 05:58 PM
i baru balik dari JB tadi. treler guna lorong kecemasan
yang ambulan gila guna lorong kanan.

Yang ni bangkem tak paham.. nape ambulans tetap nak guna lorong kanan ye sedangkan belah kiri ada laluan kecingmasey
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2025 01:44 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 24-12-2025 10:19 AM
Kalau treler guna smart lane kenapa?

mana boleh. treler kan panjang. treler tak boleh laju lebih dari 80km/hSmartlane ni takde bawak santai2 semua laju
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2025 01:46 AM | Show all posts
kemaruk replied at 24-12-2025 03:39 PM
Yang ni bangkem tak paham.. nape ambulans tetap nak guna lorong kanan ye sedangkan belah kiri ada  ...

lorong kiri tu kosong takde kereta. nak jugak guna kanan. kita yang kanan ni tengah
kecut perut sebab kereta banyak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2025 01:55 AM | Show all posts
gekkou replied at 24-12-2025 10:38 AM
pemandu motor ada yang marah bila pemandu kereta guna lalu smart lane
dan pemandu kereta pun kena ha ...

Kalau u pergi ke JB u akan jumpa :a) Treler kontena potong u dari kanan
b) Bas express join sekali.
c) ada Driver jaga jarak 10 meter.
d) spesies brake guna engine.
e) PLUS potong rumput
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2025 02:19 AM | Show all posts
gigahertz replied at 25-12-2025 01:46 AM
lorong kiri tu kosong takde kereta. nak jugak guna kanan. kita yang kanan ni tengah
kecut perut s ...

tanda2 kesewelan
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2025 03:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Selagi yg memandu tu manusia tak akan solve problem. Setiap orang ada otak masing-masing. Ia hanya boleh solve apabila semua kereta boleh coordinate sama sendiri dan dikawal oleh AI.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2025 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols tak pernah prasan mana smartlane
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2025 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
X settle pun benda ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2025 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Smart lane tak berapa smart mcm kat mex hiway.  Pengguna punya laju sampai hujung tiba2 nak masuk balik. Better la buka lane sebelah yg against traffic mcm dulu apatah nama nya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.932507 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list