Edited by JoyahMengayah at 22-12-2025 09:24 AM
PENYANYI Sharifah Zarina secara terbuka mendedahkan anaknya, Athalia diganggu seorang lelaki berstatus suami orang.
Lebih mengejutkan, dalam hantaran yang dimuat naik, Zarina atau Sharifah Zarina Wan Hassan, 44, memberitahu individu berkenaan adalah suami kepada seorang selebriti.
"Daripada balas story di Instagram kononnya tanya khabar, akhirnya ajak keluar berdua tanpa anak dan isteri dia. Berani sungguh!
"Jangan nanti terkantoi dengan isteri awak yang juga selebriti terkenal itu. Selepas itu cakap anak saya yang menggatal,' katanya.
Zarina menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Threads miliknya pada Sabtu.
Menurut Zarina, pendedahan yang dibuat secara terbuka itu kerana enggan merosakkan rumah tangga pasangan itu sekiranya dia memilih untuk menghubungi selebriti itu.
Malah Zarina meminta lelaki berkenaan tidak lagi mengganggu anaknya.
"Ini satu jalan terbaik untuk hentikan tanpa sakitkan hati sesiapa kecuali yang berkenaan.
"Saya tulis sebab tahu perkara ini akan sampai kepada awak. Boleh sahaja nak mesej awak atau isteri tapi tak sampai hati nak rosakkan rumah tangga.
MStar
|