CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Sukan SEA: Ainaa Amani tepati ramalan tuai emas

[Copy link]
Post time 19-12-2025 03:37 PM | Show all posts |Read mode
AINAA Amani memeluk ibunya, Noor Suria Awang Hassan selepas menjelmakan pingat emas acara perseorangan pada Sukan SEA Thailand 2025, sebentar tadi. GAMBAR: FARIZ RUSADIO





Sukan SEA: Ainaa Amani tepati ramalan tuai emas



  • Oleh MUHAMMAD RIDUAN MOHD HANAFIAH
  • 19 Disember 2025, 12:21 pm




AINAA Amani tuai pingat emas di Sukan SEA Thailand 2025 selepas menewaskan rakan sepasukan, Yee Xin Ying.
BANGKOK – Penampilan sulung yang cukup gemilang buat atlet skuasy wanita negara, Noor Ainaa Amani Ampandi apabila berjaya menjelmakan pingat emas acara perseorangan pada Sukan SEA Thailand 2025, sebentar tadi.

Pada aksi final yang berlangsung di Kolej Vajiravudh, Bangkok itu, Ainaa yang diletakkan selaku pilihan utama kejohanan menepati ramalan apabila menewaskan rakan sepasukan, Yee Xin Ying dalam pertemuan sesama sendiri.

Ainaa yang sebelum ini bergelut dengan kecederaan lutut kanan itu cemerlang apabila mudah mengatasi Xin Ying menerusi kemenangan 3-1 (11-7, 12-10, 8-11, 11-4) dalam masa 35 minit.

Kejayaan atlet berusia 23 tahun itu di temasya dwitahunan itu sekali gus melenyapkan kebimbangan yang disuarakan sebelum ini mengenai tekanan beraksi sebagai pemain tumpuan. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/12/19/sukan-sea-ainaa-amani-tepati-ramalan-tuai-emas/




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.266446 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list