CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 173|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Miki tepati ramalan, kem muay tutup kempen dengan tiga emas

[Copy link]
Post time 17-12-2025 08:51 PM | Show all posts |Read mode
Miki tepati ramalan, kem muay tutup kempen dengan tiga emas

Oleh Saiful Affendy Sapran - Disember 17, 2025 @ 6:37pm





Atlet Muay Thai negara, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar (biru) memenangi pingat emas selepas menewaskan lawannya dari Thailand, Suphakon Sirilun di kejohanan Sukan Sea Thailand di Lumpini Boxing Stadium, Bangkok. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH



BANGKOK: Sensasi muay thai negara, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar menetapi ramalan apabila menghadiahkan pingat emas buat Malaysia pada Sukan SEA Thailand, hari ini, meskipun berdepan tekanan hebat penyokong tuan rumah.

Beraksi di Stadium Tinju Lumpinee, atlet berusia 16 tahun yang lebih dikenali sebagai Miki itu menewaskan petarung Thailand, Sirilun Suphakon dengan keputusan 29-28 dalam pertarungan kategori bawah 55 kilogram (kg).

Miki mempamerkan penguasaan apabila menguasai dua pusingan pertama, sebelum berjaya mengekalkan aksi konsisten sehingga tamat perlawanan meskipun Suphakon cuba bangkit pada pusingan ketiga.

Lebih manis, kejayaan itu disaksikan dan dibimbing oleh abangnya yang juga bintang ONE Championship, Johan Ghazali, yang bertindak sebagai 'jurulatih' di tepi gelanggang.

Mengulas kemenangannya serta perhatian yang diterima, Miki tidak dapat menyembunyikan rasa sebak selepas dinobatkan sebagai pemenang.

"Saya tak kisah sangat semua itu. Kalau abang naik popular, Miki tak kisah pun. Alhamdulillah, semua sama-sama naik.

"Siapa yang tak menangis lepas menang emas Sukan SEA. Lagi-lagi saya baru 16 tahun. Syukur Alhamdulillah," katanya.

Sementara itu, Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo menyifatkan kejayaan adiknya sebagai hasil ketenangan dan disiplin tinggi di dalam gelanggang.

"Bila seorang daripada keluarga masuk gelanggang, kita semua masuk gelanggang. Kalah menang sama-sama, naik turun sama-sama.

"Hari ini Miki buktikan dia mampu. Walaupun stadium bingit dengan sorakan penyokong tuan rumah, dia kekal tenang ikut perancangan," katanya.

Terdahulu, Malaysia turut meraih satu lagi pingat emas muay thai menerusi Wassof Rumijam yang berjaya mendiamkan sorakan penyokong tuan rumah selepas menewaskan wira Thailand, Thongchai Huanak pada aksi final kategori bawah 54kg.

Petarung berusia 22 tahun itu mencatat kemenangan 29-28 selepas tiga pusingan, dengan mempamerkan strategi bijak menjaga jarak dan pertahanan kemas.

"Saya memang layak untuk menang sebab seperti saya cakap, setiap pukulan saya halang dan di situ tiada mata untuk lawan," katanya.

Ratu muay thai negara, Yan Jia Chi atau Angie pula meraih pingat emas acara wai kru selepas menumbangkan wakil tuan rumah yang juga juara dunia, Thongduang Thanawan.

Angie mempamerkan aksi yang berjaya memikat hati lima juri apabila meraih 9.33 mata berbanding Thanawan 9.20 mata, sekali gus bintang tuan rumah itu terpaksa berpuas hati dengan perak.

Secara keseluruhan, skuad muay thai negara menamatkan kempen Sukan SEA Thailand dengan tiga pingat emas dan tiga perak.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/12/1486281/miki-tepati-ramalan-kem-muay-tutup-kempen-dengan-tiga-emas





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.036119 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list