CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 202|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Sukan SEA 2025: Malaysia belasah Filipina 18-0

[Copy link]
Post time 8-12-2025 01:11 AM | Show all posts |Read mode
Sukan SEA 2025: Malaysia belasah Filipina 18-0


Disember 7, 2025 @ 8:41pm





Aksi pemain Malaysia ketika menentang Indonesia. Foto Majlis Sukan Negara



BANGKOK: Skuad hoki 5 sebelah (5S) lelaki negara tampil garang dalam misi memburu pingat emas Sukan SEA 2025 apabila membelasah Filipina 18-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan A di Stadium Hoki RTAF, di sini hari ini.

Dalam perlawanan kedua hari yang sama, skuad bimbingan Wan Mohd Roslan Wan Abdul Rahman mempamerkan penguasaan penuh sejak wisel permulaan hanya beberapa jam selepas membuka kempen dengan kemenangan 4-2 ke atas Indonesia pada sebelah pagi.

Malaysia tampil bertenaga dengan empat pemain mencetak hatrik masing-masing menerusi Mohamad Akhimullah Anuar Esook, Muhammad Abid Sufian Mat Ruslee, Muhammad Muhibuddin Moharam dan Syarman Mat Tee.

Dominasi diteruskan skuad negara apabila Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini, Mohamad Kamarulzaman Kamaruddin, Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran serta Muhammad Arif Syafie Ishak menyumbang enam lagi gol sekali gus melengkapkan kemenangan besar berkenaan.

Dalam pada itu, skuad wanita negara turut membuka kempen dengan langkah kanan apabila bangkit mengatasi Indonesia 5-3 pada aksi Kumpulan A yang berlangsung hari ini.

Wan Nur Syafiqah Syahirah Wan Nordin berjaya menyumbang dua gol masing-masing pada minit ketiga dan kesembilan, diikuti jaringan Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri (12'), Nor Adilah Abdul Malik (23') dan Hasya Syahida Saifuddin (27'). - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/12/1482040/sukan-sea-2025-malaysia-belasah-filipina-18-0






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.038496 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list