CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 220|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Laungan amaran Verstappen selepas raih petak utama

[Copy link]
Post time 7-12-2025 09:17 AM | Show all posts |Read mode
Laungan amaran Verstappen selepas raih petak utama

Reuters





VERSTAPPEN mula petak pertama, Norris kedua di GP Abu Dhabi. -FOTO AFP



Abu Dhabi: Max Verstappen mempamerkan kelas tersendiri apabila merangkul petak utama Grand Prix Abu Dhabi, perlumbaan terakhir yang bakal menentukan juara dunia Formula Satu (F1) musim ini.

Pelumba Red Bull itu mengatasi pendahulu kejuaraan dari McLaren, Lando Norris, yang bakal bermula di petak kedua, manakala rakan sepasukan Norris, Oscar Piastri, muncul ketiga terpantas.

Red Bull menggunakan strategi pintar apabila memberikan Verstappen bantuan aerodinamik di belakang rakan sepasukannya, Yuki Tsunoda, yang akan bermula di petak ke-10 sekali gus membantu juara dunia empat kali itu mencatat masa 0.201 saat lebih pantas daripada Norris
.
Norris ketika ini mendahului Verstappen dengan 12 mata, manakala Piastri berada empat mata di belakang rakan sepasukannya itu.

Situasi itu meletakkan Norris dalam kedudukan cerah untuk dinobatkan juara dunia buat kali pertama sekiranya dia berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan podium di Litar Yas Marina malam esok.



Disiarkan pada: Disember 7, 2025 @ 12:04am

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/12/1296827/laungan-amaran-verstappen-selepas-raih-petak-utama




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.217742 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list